CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Neelofa Tidak Takut Gosip Kontroversi Buruknya


Betul Ke Neelofa Tidak Takut Gosip Kontroversi Buruknya?

Sudah menjadi trend terkini, asalkan ada rupa dan berpotensi pasti akan dijadikan gosip kontroversi melalui gosip-gosip yang muncul berbanding hasil kerja artis Malaysia. Terbaru mengenai artis yang semakin panas dengan gosip kontroversi di media hiburan iaitu Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa).

Belum pun genap setahun bergelar pelakon, gadis yang mesra dipanggil Neelofa ini bagai sudah penuh dibelit dengan rantaian kontroversi. Segala macam dakwaan liar hinggap ke tubuh mulusnya termasuklah ditohmah sebagai perampas, penipu, kaki berangan, menagih publisiti murahan, gemar bergaduh dan tidak berdisiplin di set penggambaran lakonan. Bukan satu dua kata nista yang terpaksa ditelan tetapi menerusi pengakuannya kepada media hiburan baru-baru ini, Neelofa cukup tenang mendepani kekalutan gosip kontroversinya itu.

Gambar Neelofa Seksi Hot
 Gambar Neelofa Seksi Hot

Gosip dan kontroversi yang melanda adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Apa yang terjadi berada di luar kawalan dan bukannya salah saya. Saya adalah mangsa keadaan oleh hasad dengki orang yang tidak boleh melihat kesejahteraan dan pencapaian orang lain, terang Neelofa.

Sebagai artis baru, Neelofa berkata, bukan dimahunya segala gosip kontroversi yang melanda dirinta itu. Amat jauh sekali untuk Neelofa menjadikan cerita buruk itu sebagai strategi menaikkan namanya di dunia hiburan.

Selalu setiap kali orang bertanya sejauh mana kebenaran setiap dakwaan itu tetapi apa yang boleh dikatakan, kenapa pula saya harus mencipta gosip kontroversi semata-mata untuk popular? Saya masih lagi waras untuk membezakan tindakan yang wajar dan sebaliknya. Tidak mungkin saya sanggup mencalar maruah dan reputasi hanya untuk dikenali dengan cepat, kata Neelofa mempertahankan dirinya.

Hikmah Di Sebalik Gosip Kontroversi Neelofa Dengan VVIP

Media setelah mendengarkan jawapan itu, pelakon filem Azura 2011 ini lantas diaju pertanyaan apakah dia melihat segala kecaman kutukan itu sebagai sesuatu yang adil buatnya?

Jawab Neelofa, memang saya pernah terfikir mengapa diri ini kerap diuji dengan cerita-cerita negatif. Namun, apabila saya renungkan dari sudut lain, banyak hikmah yang berlaku pada kerjaya saya yang baru berkembang naik ini. Semakin hebat dugaan ujian dan gosip kontroversi singgah, semakin banyak tawaran dan peluang lakonan pula diterima. Jadi saya menerima ujian ini dengan redha.

Gambar Neelofa Manja
Gambar Noor Neelofa Mohd Noor

Dengan pendiriannya itu, Neelofa selesa memilih pendekatan untuk bersikap bertenang dan bijak mengatasi tekanan yang menghimpit dirinya. Saya belajar untuk tidak mudah mempercayai orang dan peka serta berhati-hati dengan persekitaran. Walaupun gosip kontroversi itu perit tetapi ia adalah guru terbaik yang membuka lembaran baru dalam kehidupan saya. Selepas enam bulan menceburi bidang ini, Neelofa percaya atau tidak segala kontroversi ini sebenarnya menjadikan saya lebih kuat dan dapat melihat warna sebenar kehidupan, kata Neelofa tidak berputus-asa.

Neelofa & Shahz Jaszle Hanya Teman Rapat

Diimbas semula enam bulan yang lalu, gosip kontorversi hubungan Neelofa dengan aktor Shahz Jaszle adalah punca awal yang mengheret nama Neelofa ke lembah isu kontroversi. Akibat daripada itu gelaran perampas yang dihamburkan kerana menjadi punca keretakan hubungan cinta aktor kacak itu dengan aktres Maria Farida, Neelofa terus dihujani pelbagai cerita kurang baik didengar.

Gambar Neelofa Seksi Giler
Gambar Neelofa Cun Buat Peminatnya

Sekarang, selepas setengah tahun cerita itu berlaku, penafian Neelofa terhadap hubungannya dengan aktor Shahz Jaszle itu terus dianggap sebagai cakap-cakap kosong. Apa yang berlaku depan mata adalah keintiman dan kemesraan mereka di majlis-majlis hiburan dan di khalayak seakan mengiyakan persepsi bahawa mereka sedang menjalin hubungan cinta. Ketika perkara itu ditanyakan, Neelofa dengan gaya bersahaja sempat tergelak sebelum membalas dengan jawapannya.

Neelofa sudah tidak kisah dengan apa juga persepsi dan telahan orang terhadap kisah saya dan Shahz. Saya akui kami rapat sebagai rakan karib kerana keserasian itu. Namun, tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang disangkakan. Hanya kami berdua saja yang mengetahui cerita sebenar, jadi terpulanglah kepada orang sama ada untuk mempercayainya atau tidak, jawab Neelofa.

Neelofa Tidak Mudah Mengalah

Akuinya lagi, pada fasa ini Neelofa sebenarnya sudah jelak dan bosan dengan tohmahan yang dikaitkan dengan namanya. Namun, atas niat yang ikhlas untuk mencapai potensi diri dalam bidang seni serta sokongan keluarga dan peminat, Neelofa takkan mengalah untuk terus berjuang. Semua cerita yang sudah berlaku atau mungkin berulang pada hari muka tidak akan menggugat objektifnya menceburi bidang seni.

Gambar Neelofa Cun Comel
Gambar Neelofa Nampak Biru

Neelofa tidak akan pernah mengalah atau berputus asa. Ini jalan yang saya pilih dan saya benar-benar serius dalam bidang ini. Sebenarnya, semua kesulitan itu lebih mudah dilalui apabila saya mengambil pendekatan tidak ambil kisah dan menganggapnya sebagai hanya perkara remeh-temeh. Setiap yang berlaku itu ada baik dan buruknya. Jika benar salah saya ada di mana-mana, saya akan cuba memperbaikinya. Namun, apabila gosip kontroversi itu tidak benar, saya hanya mampu pasrah dan berserah saja, luah Neelofa mengakhiri temubual bersama wartawan hiburan. -MStar.

Tengok Video Koleksi Gambar Fazura & Neelofa Seksi Cun Bertudung Dalam Kitab Cinta.




Klik Sini - Kumpulan Kanak-Kanak Dhuha Tidak Ke Sekolah.

Apa komen mohdrohaizad.com - Neelofa artis baru yang meningkat naik seperti gosip kontroversinya, banyak yang kutuknya, kalau sikit itu bolehlah anggap biasa tetapi ini dah ramai yang sangat yang kutuk betapa tidak bagusnya si Neelofa ini macam mana ya? Bahkan, Neelofa dengan muka tidak malu buat derk tidak takut gosip kontroversi buruknya sebab dengan cara inilah baru cepat nama naik dan popular.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Neelofa Tidak Takut Gosip Kontroversi Buruknya By Mohd Rohaizad. Published: 3.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...