CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Nikah: Tomok & Rahayu Abas Majlis Perkahwinan Persandingan


Tahniah! Nikah: Tomok & Rahayu Abas Majlis Perkahwinan Persandingan.

Majlis akad nikah, dengan sekali lafaz sahaja, penyanyi Tomok atau (Gambar) Shah Indrawan Ismail, 27 tahun, kini sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) (Gambar) Rahayu Abas, 32 tahun, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat. Pasangan pengantin baru ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Gambar Tomok Siti Rahayu Majlis Berinai
 Gambar Tomok & Rahayu Abas - Majlis Pernikahan

Rahayu Abas menerima sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11, mas kahwin berjumlah RM300, cincin, sirih junjung, set barang kemas, sepersalinan baju, jam tangan dan beg, set minyak wangi, senakhah Al-Quran, sebiji kek dan Telekung. Manakala pihak pengantin lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran iaitu jam tangan, , coklat, sebiji kek, sepasang kasut, set minyak wangi, dompet, sepersalinan baju Melayu, sejadah, senaskhah Al-Quran dan sirih junjung.

Gambar Tomok Siti Rahayu Majlis Akad Nikah
 Gambar Tomok & Rahayu Abas - Majlis Akad Nikah

Kata Tomok, dia gembira selama lapan tahun bercinta, akhirnya dia menjadi suami kepada Rahayu Abas atau nama panggilannya, Ayu, dan berharap agar cinta mereka akan mekar sehingga akhir hayat. "Selama ini kami susah senang bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya, Alhamdulillah, kami akhirnya disatukan juga. "Maklumlah, bila jadi artis , macam-macam dugaan yang timbul termasuklah gosip-gosip liar yang muncul. tapi semua itu kami dapat atasi bersama," kata Tomok selepas majlis pernikahan pasangan pengantin baru tersebut.

Ditanya pula kepada Ayu adakah sukar bergelar insan istimewa kepada seorang artis seperti Tomok, kata Rahayu Abas, dia tiada masalah tentang hal itu. "Mula-mula masa saya berkenalan dengan Tomok, saya tahu dia seorang penyanyi yang digilai ramai. Dan ada sahaja yang cuba datang dekat kepadanya. "Tipulah kalau tidak pernah ada rasa cemburu di hati. Tetapi saya memberi kelonggaran kepadanya, kerana faham Tomok seorang selebriti. Selain itu daripada itu, kami percayakan dengan diri masing-masingm" tutur Rahayu Abas yang tampak jelita hasil solekan jurumekap Saidatul Nisa.

Gambar Tomok Siti Rahayu Majlis Pernikahan
 Gambar Tomok & Rahayu Abas - Majlis Perkahwinan Resepsi

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat. Dijangkakan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media akan memeriahkan majlis nikah bertemakan urban kontemporari berwarna ungu dan emas tu.

Sementara itu, pasangan pengantin baru Tomok dan Rahayu Abas ini akan melangsungkan tiga majlis resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai). -MStar.

Tengok Video Muzik Youtube Tomok - Lagu Bagikan Bidadari Buat Siti Rahayu Abas.





Apa komen mohdrohaizad.com - Penulis dan para peminat mengucapkan tahniah kepada Tomok dan Rahayu Abas yang selamat menjadi pasangan suami isteri. Semoga majlis pernikahan, perkahwinan, resepsi dan persandingan Tomok dan Rahayu Abas berjalan dengan lancar. Penulis mendoakan kebahagian Tomok dan Siti Rahayu Abas sehingga ke akhir hayat.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nikah: Tomok & Rahayu Abas Majlis Perkahwinan Persandingan By Mohd Rohaizad. Published: 2.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...