CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pang Chinn Fei TV3 - Wartawan Penyampai Berita


Kisah Pang Chinn Fei TV3 Wartawan Penyampai BeritaTerkenal.

Personaliti atau penyampai berita TV3 terkenal Malaysia iaitu Pang Chinn Fei mengakui sering bercakap dengan gambar ibunya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Selepas kematian ibu Pang Chinn Fei pada tahun 2007, dia sering membawa gambar berukuran pasport milik mendiang ibunya kemana saja dia pergi.

Saya sangat rapat dengan ibu, dia banyak mendengar masalah saya dan cuba menyelesaikannya. Ketika saya mula menjadi penyampai berita Tv3 dialah yang jadi pengkritik dan penasihat utama kepada  saya. Kini saya hanya boleh bercakap dengannya dalam gambar dia yang saya akan sentiasa bawa gambarnya kemana-mana sahaja pergi, biarpun saya hanya bercakap dengan gambar tapi saya dapat rasakan dia dapat mendengar apa yang saya katakan, jelas Pang Chinn Fei sambil berlinangan air mata mengenang kembali ibunya.

Gambar Pang Chinn Fei  TV3
 Gambar Pang Chinn Fei TV3 - Wartawan Penyampai Berita

Kata Pang Chinn Fei lagi, sebelum meninggal dunia, ibunya sempat memberikan kad ucapan untuk hari lahirnya yang ke 27 tahun. Kad ucapan tersebut lain dari setiap tahun yang dia beri, banyak pesanan yang dituliskan dalam kad tersebut. Antara pesanan yang saya jadikan panduan ialah dia meminta agar saya berfikir dahulu sebelum bercakap kerana tidak mahu orang yang mendengar akan terasa apa yang kita katakan. Bercerita tentang kerjayanya sebagai pembaca berita TV3 ini menganggap peluang tersebut merupakan satu bonus dalam kerjayanya sebagai wartawan penyiaran.

Namun begitu Pang Chinn Fei puas hati apabila berpeluang mewakili seluruh masyarakat bagi menyuarakan soalan dan pendapat kepada pihak tertentu melalui peranannya sebagai wartawan. Sebagai seorang wartawan kita berperanan sebagai medium untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat dan kita juga mewakili masyarakat untuk bertanyakan tentang sesuatu isu.

Gambar Pang Chinn Fei Kad Ibu TV3
 Gambar Kad Mediang Ibu Pang Chinn Fei TV3 Yang Dibawa Kemana Jua

Bagi saya kerjaya ini sangat menyeronokkan dn memberi kepuasan kepada diri saya. Apabila saya menjadi penyampai berita saya lebih memahami apa yang cuba saya sampaikan berbanding hanya sekadar membaca. Walaubagaimanapun, kerjaya sebagai wartawan penyiaran yang dikenali masyarakat membuatkan dia melalui pelbagai pengalaman seperti sering diusir atau menerima ugutan apabila berada di sesebuah majlis yang dianjurkan pihak tertentu. Susah juga apabila dikenali, mereka tahu kita dari mana ada juga yang menghalang saya dari membuat liputan. Terutamanya ketika pilihan raya kecil, sehinggakan ada berlaku pertelingkahan dan ugutan yang kami terima daripada pihak-pihak yang tidak menyenangi kehadiran kami.

Gambar Pang Chinn Fei Seksi Hot TV3
 Gambar Pang Chinn Fei TV3 - Cun Berbaju Kurung Melayu

Walaupun begitu, Pang Chinn Fei menganggap itu adalah cabaran dan kita hanya menjalankan tugas kita sahaja. Setiap pekerjaan mempunyai cabaran tersendiri dan apa yang lebih penting bagaimana untuk mengatasinya. Selain itu, Pang Chinn Fei yang merupakan seorang ibu kepada tiga cahaya mata ini, tidak lepas daripada menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Memandangkan tugas wartawan yang tidak menentu, dia perlu bijak membahagiakan masa bersama keluarga seadil-adilnya. Cuti saya tidak menentu, kerja pula sampai lewat malam. Jadi masa cuti kebiasaannya saya manfaatkan sepenuhnya bersama keluarga sahaja, kata Pang Chinn Fei mengakhiri temubual.

Tengok Video Pang Chinn Fei - Baca Berita TV3 Buletin Utama / Buletin 1.30.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis suka tengok Pang Chinn Fei menyampaikan berita di TV3. Kadang-kadang nampak jadi wartawan, kira Pang Chinn Fei ini serba bolehlah, tidak banyak kesilapan yang dilakukan Pang Chinn Fei ketika membaca berita di TV3. Penulis harap Pang Chinn Fei sukses selalu dalam kerjaya peryiaran yang diminatinya ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pang Chinn Fei TV3 - Wartawan Penyampai Berita By Mohd Rohaizad. Published: 11.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...