CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pelajar UMT Hina Lagu NegaraKu Di Facebook


Betul Ke Pelajar UMT Hina Lirik Lagu NegaraKu Di Facebook?

Semalam Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan isu hina seorang pelajar UMT yang telah mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.

UMT serah berkenaan isu hina lagu NegaraKu ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar. Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara isu hina lirik lagu NegaraKu, Raja dan Perdana Menteri Malaysia.
 

Gambar Pelajar UMT Hina Lagu NegaraKU
 Gambar Pelajar UMT Hina Lagu NegaraKu Di Facebook

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.

Dr Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.  Beliau menyifatkan perkara itu sangat serius dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti dia adalah mahasiswa UMT. Setelah siasatan polis dan jika benar dia pelajar UMT, kita akan serahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMT dengan segera untuk diambil tindakan kerana perkara ini (menghina) sangat serius.

Seseorang pelajar tidak seharusnya membabitkan diri dalam perkara sedemikian. Dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak pada yang lain. Sementara itu, Dr Yahaya berkata simposium tahunan itu disertai lebih 500 peserta termasuk dari luar negara seperti Timur Tengah, Eropah dan negara ASEAN.-Bernama.

Tengok Video NameWee, Pelajar Malaysia Di Taiwan Yang Menghina Lagu NEGARAKU Di Youtube Dengan Rapnya.






Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis tidak bersetuju pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menghina lirik lagu Negaraku, Raja dan Perdana Menteri tetapi seperti yang kita ketahui, sebelum ini pun ada yang menghina lagu NegaraKu iaitu Namewee, malah ada lebih teruk daripada itu, kenapa individu yang terlibat tidak dikenakan tindakan? Adakah kuasa politik melebihi kedaulatan undang-undang negara Malaysia? Penulis tertanya-tanya begitu mudah membiarkan orang yang menghina bangsa, agama dan negara di Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pelajar UMT Hina Lagu NegaraKu Di Facebook By Mohd Rohaizad. Published: 11.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...