CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pelakon Artis Malaysia Kena Hukuman Penjara & Sebat


Abang Zizie Ezette, Samzy Fuzette A. Samad, Pelakon Artis Malaysia Kena Hukuman Penjara & Sebat!

Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad yang juga abang kepada pelakon gebu cantik terkenal, Zizie Ezette isteri kepada Datuk Bung Mokhtar Radin kekal menjalani hukuman penjara dan sebat, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak rayuannya berhubung kesalahan memiliki syabu, enam tahun lalu. Samzy Fuzette A. Samad pernah mencuba nasib dalam industri seni menerusi drama Cucu-Cucu Atuk dan Seri Istana. Pada Selasa lalu, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, terhadap Samzy dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari ini.

Sebaik sahaja Hakim Datuk Wira Mohtarudin membacakan penghakiman beliau, Samzy Fuzette A. Samad yang memakai baju kemeja berwarna putih dan berseluar hitam dilihat menggelengkan-gelengkan kepala, manakala isterinya, Sarinah Mohammad berumur 32 tahun, yang berada di galeri awam mahkamah menangis teresak-esak. Sarinah Mohammad kemudiannya menghampiri Samzy Fuzette A. Samad yang sudah digari oleh anggota polis dan bekas pelakon yang kini menjalankan perniagaan sendiri itu memeluk wanita berkenaan bagi menenangkan esakan tangisnya.

Samzy Fuzette A. Samad yang juga abang ipar kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menerusi perkahwinan ahli politik itu dengan Zizie Ezette kemudiannya dibawa keluar oleh anggota polis untuk dihantar ke lokap mahkamah. Pada penghakimannya, Hakim Datuk Wira Mohtarudin berkata, beliau menolak hujahan yang dikemukakan oleh peguam Samzy Fuzette A. Samad, Muhammad Faiz Fadzil bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah syabu itu diletakkan oleh orang lain termasuklah oleh anggota polis yang membuat serbuan atas maklumat orang awam.

Pada pendapat mahkamah, tidak ada sebab yang munasabah mengapa polis meletakkan dadah dalam beg perayu. Jika dadah bukan milik perayu ia perlu disoal-balas kepada pegawai tangkapan atau pegawai penyiasat. Jika benar dadah bukan miliknya ia perlu diberitahu kepada pihak polis seawal mungkin. Hakim Datuk Wira Mohtarudin juga menyifatkan pembelaan Samzy Fuzette A. Samad yang disokong oleh rakan serumahnya, Salehuddin Zaharuddin, 37 tahun, sebagai pembelaan yang difikirkan semula.

Gambar Samzy Fuzzete A Samad Kena Hukuman Penjara dan Sebat
 Gambar Samzy Fuzette A. Samad, Abang Zizie Ezette Kena Hukuman Penjara & Sebat

Berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Aida Mastura Mohamed Aman, Hakim Datuk Wira Mohtarudin berkata hukuman tersebut adalah tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan Samzy. Hukuman tersebut dijatuhkan pada 30 November 2010 selepas Aida Mastura yang mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan mensabitkan Samzy bersalah atas pertuduhan yang dihadapi. Samzy Fuzette A. Samad yang mempunyai tiga orang anak didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy Fuzette A. Samad. Semasa ditangkap, terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut dan Samzy Fuzette A. Samad didakwa sedang tidur di salah satu bilik bersama Nur Baizura Che Man, 29 tahun, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketujuh.

Terdahulu, Muhammad Faiz menghujahkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah berkenaan adalah milik salah seorang daripada individu di dalam rumah memandangkan mereka mempunyai laluan ke dalam bilik Samzy Fuzette A. Samad yang tidak berkunci, selain mereka semua didapati positif syabu. Rakan serumah perayu, Salehuddin juga memberitahu bahawa mereka telah berkongsi wang untuk membeli dadah dan menghisapnya serta tidak lagi mempunyai bekalan dadah, lalu masuk tidur sehinggalah mereka ditangkap.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar membidas hujahan tersebut dengan berkata bahawa, tiada sebarang penafian dilakukan oleh Samzy Fuzette A. Samad berhubung pemilikan beg tersebut yang ditemui di atas katil bilik perayu. Tiada keterangan sekiranya bilik perayu boleh dimasuki oleh orang lain ataupun sekiranya terdapat orang lain di dalam bilik tersebut. Terdahulu, sebaik sahaja kesnya dipanggil, Samzy meminta agar wartawan yang hadir membuat liputan agar mendoakannya. Tolong doakan saya ya... kata Samzy Fuzette A. Samad mengakhiri perbualan bersama wartawan hiburan. -MStar.

Tengok Video Zizie Ezzete Seksi Cun Berparti Liar Panas Bersama Datuk Bung Mokhtar Radin.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis percaya Samzy Fuzette A. Samad, abang kepada Zizie Ezzete ini sememangnya terlibat dalam kes dadah dan menghisap syabu bersama dengan rakan-rakannya. Adakah hukumannya akan diringankan dengan rayuan? Mungkin Datuk Bung Mokhtar Radin, adik iparnya yang berpengaruh politik boleh memainkan peranan merayu supaya mengurangkan hukuman penjara dan sebat pelakon artis Malaysia ini. Semoga kes hukuman penjara dan sebat ini akan menjadi teladan pengajaran kepada artis Malaysia yang lain, yang anda semua diperhatikan, jika ada maklumat, sila laporkan kepada pihak berkuasa tentang mereka yang terlibat dengan najis dadah!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pelakon Artis Malaysia Kena Hukuman Penjara & Sebat By Mohd Rohaizad. Published: 13.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...