CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

The Perfect Gentlemen - Juara Lelaki Sempurna


Program The Perfect Gentlemen - Mencari Juara Lelaki Sempurna Di Malaysia?

16 lelaki daripada 467 calon awal telah disenaraikan untuk merebut peluang bergelar 'lelaki sempurna' dalam program pencarian lelaki The Perfect Gentlemen di stesen televisyen ntv7 bermula 17 Julai 2011 ini. Menurut Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7, Lai Cheah Yee, program yang diilhamkan daripada idea dan konsep tempatan ini bertujuan untuk memaparkan sikap, karakter dan pesona lelaki Malaysia untuk bergelar seorang lelaki yang sempurna.

Kesemua 16 peserta akhir ini dipilih berdasarkan latar belakang dan profil yang berbeza, menarik dan kriteria tertentu. Selain memiliki wajah yang kacak, mereka juga dipilih kerana karakter, kebijaksanaan, pesona dan bakat. Setiap peserta mempunyai kelainan dan kekuatan masing-masing, kata Lai Cheah Yee yang ditemui pada majlis pengumuman 16 peserta program The Perfect Gentlemen di Hotel Parkroyal, di sini, Jumaat.

Gambar Finalist The Perfect Gentlemen
 Gambar 16 finalis program pencarian lelaki sempurna The Perfect Gentlemen

Tambah Lai Cheah Yee lagi, The Perfect Gentlemen sebagai platform untuk mencari calon lelaki yang sempurna, tugasan mingguan itu juga bakal dilengkapi ujian komunikasi bagi menilai kemahiran peserta berkomunikasi dan bersosial. Pada setiap minggu, seorang peserta yang mendapat markah terendah akan disingkirkan oleh barisan juri yang dipilih mengikut kepakaran masing-masing dalam bidang-bidang berkaitan.

Pada setiap minggu, semua peserta The Perfect Gentlemen akan diberikan tugasan mingguan yang merangkumi soal imej, etiket, memasak dan banyak lagi. Kita mencari seorang lelaki yang serba boleh. Penilaian bukan saja pada aspek paras rupa dan penampilan, malah kebolehan dan kemampuan mereka melaksanakan tugasan mingguan juga diambil kira. Mereka perlu melakukan tugasan itu sebaik mungkin dan meyakinkan juri pada setiap episod untuk mengelakkan daripada tersingkir," katanya.

Senarai Nama Peserta Finalist The Perfect Gentlemen

Para peserta The Perfect Gentlemen terdiri daripada Anson, 21 tahun, (Selangor), Chris, 21 tahun, (Kuala Lumpur), Wilson, 21 tahun, (Johor), Vicca, 20 tahun, (Kedah), Shyang Wen, 18 tahun, (Kuala Lumpur), Ivan, 28 tahun, (Selangor), Dennis, 41 tahun, (Selangor), Jake, 24 tahun, (Johor), John, 19 tahun, (Sabah), Ming Yang, 20 tahun, (Sarawak), Ryan, 21 tahun, (Melaka), Joel, 30 tahun, (Selangor), William, 27 tahun, (Johor), Fung, 21 tahun, (Selangor), Kong Jie, 21 tahun, (Sarawak) dan Gir Shen, 21 tahun, (Kuala Lumpur). Daripada 16 peserta ini, hanya enam saja finalis yang akan mara ke peringkat akhir The Perfect Gentlemen pada 9 Oktober 2011 depan.

Gambar Majlis Umum The Perfect Gentlemen
Gambar Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7.

Juara The Perfect Gentlemen yang menang akan membawa hadiah dan wang tunai sebanyak RM200 ribu selain berpeluang untuk menceburi bidang lakonan dan pengacaraan selaku personaliti ntv7. Program The Perfect Gentlemen yang akan dihoskan oleh pengacara Hoong Jia Hui ini akan bersiaran sebanyak 13 minggu bermula 17 Julai. Ia akan ke udara pada setiap Ahad pukul 6 petang di ntv7.

Gelagat dan ragam para peserta ini juga boleh ditonton menerusi kapsul berdurasi dua minit bermula 11 Julai pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9.59 malam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi The Perfect Gentlemen di www.ntv7.com.my/theperfectgentlemen atau Facebook ntv7.perfectgentlemen. -Mstar.
Tengok Video Iklan The Perfect Gentlemen - Promo Teaser NTV7.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis macam tertarik untuk melihat program The Perfect Gentlemen. Rasa-rasa anda, best ke tidak rancangan pencarian lelaki sempurna ini? Jangan terdapat lelaki yang lembut atau gay sudahlah ya. Hehe.. Yang kureng best sikit ialah semua peserta adalah bukan Islam dengan semuanya Cina, penggunaan bahasa pun bahasa Mandarin Cina, kira tiada harapanlah nak masuk rancangan ini. Okaylah, jangan lupa saksikan The Perfect Gentlemen setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9.59 malam di NTV7.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

The Perfect Gentlemen - Juara Lelaki Sempurna By Mohd Rohaizad. Published: 12.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...