CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Punca Penyakit Cirit-Birit - Ubat & Rawatan


Punca Berlaku Penyakit Cirit-Birit,  Ubat Dan Cara Rawatan Terbaik Untuk Mengatasinya

Soalan Amira Natasha: Ketika saya mengalami diare, perlukah saya berhenti makan selama 24 jam? atau, apakah saya mengambil roti dan / atau minuman isotonik? pada bila-bila keadaan boleh dianggap serius dan memerlukan rawatan perubatan?


Jawapan Pakar Kesihatan Mengenai Cirit-Birit
 

Cirit-birit terjadi saat pembuangan air besar adalah cair dan berair sampai tiga atau lebih kali sehari, atau keadaan yang tidak normal untuk seseorang individu. Cirit-birit adalah masalah biasa, dan biasanya, ia boleh berlangsung selama 2 hingga 3 hari. Cirit-birit boleh disembuhkan dengan ubat tanpa preskripsi. Cirit-birit biasanya tidak teruk, dan berhenti dengan cepat tanpa banyak komplikasi dalam kalangan dewasa. Namun, ini tidak bererti kes Cirit-birit yang serius adalah mustahil, dan janganlah mengabaikan gejala atau tanda-tanda serius yang mungkin timbul.

Cirit-birit biasanya adalah satu tanda jangkitan gastrousus, yang boleh berpunca dari pelbagai sebab, termasuk:
 

- Makanan dan minuman yang tidak bersih - tercemar bakteria, dan kuman lain.
- Makanan yang tidak dimasak dengan betul, seperti daging, makanan laut, atau produk susu (telur) yang tidak dimasak dengan betul.
- Makanan yang tidak disimpan dengan kaedah yang benar, seperti susu atau makanan sudah dimasak.


Ubat seperti antibiotik, yang membunuh bakteria baik dan bakteria jahat, menyebabkan ketidakseimbangan mikroflora dalam usus sehingga menyebabkan cirit-birit.


Penyakit yang boleh mempengaruhi perut, usus kecil, atau usus besar seperti penyakit Crohn 's dan sindrom kerengsaan usus (IBS).


Cirit-birit tidak bererti anda tidak boleh makan apa-apa sepanjang masa 24 jam pertama. Anda harus berhati-hati dengan apa yang anda makan, dan mengelakkan jenis makanan tertentu. Makan makanan tawar seperti nasi kosong atau bubur, kentang rebus atau lenyek, pisang, roti bakar dan biskut tawar.

Untuk merawat ciri-birit, anda perlu menukar cecair dan garam yang hilang. Minum banyak air kosong, atau minuman lain seperti jus buah-buahan murni. Dalam kes
Cirit-birit sederhana sampai parah, rumusan elektrolit, seperti rumusan rehidrasi oral atau minuman isotonik harus diambil.

Apabila
Cirit-birit Elak makanan dan minuman:
 

- Susu dan produk susu, seperti ais krim, keju.
- Minuman mengandungi kafein, seperti kopi, teh.
- Makanan berminyak dan makanan gorengan seperti mi goreng, ayam goreng.
- Makanan berserat tinggi, seperti buah jeruk.
- Makanan manis, seperti kuih, biskut, kuih-kuih tempatan.


Biasanya
Cirit-birit adalah sederhana dan tidak berpanjangan, jadi pesakit biasanya tidak perlu ke doktor. Namun, anda perlu mendapatkan rawatan doktor jika mengalami gejala berikut:

- Demam panas, dengan suhu 38 ° C dan ke atas.
- Diare berlangsung selama lebih 2 hari.
- Sakit sederhana atau teruk pada bahagian abdomen atau rektum.
- Najis berdarah, atau bernanah.
- Najis berwarna hitam seperti tar.
- Tanda nyahhidrat, yang mungkin termasuk kelesuan atau kelemahan, gayat, dan / atau air kencing berwarna gelap.

Cara Elak Cirit-birit Berlaku

Cara terbaik untuk mengurangkan risiko anda mendapat
Cirit-birit adalah dengan menjaga kebersihan diri. Cuci tangan dengan sering, terutama sekali selepas menggunakan tandas, kerana kuman mudah merebak melalui sentuhan.

Amalkan tabiat menjaga kebersihan apabila memegang makanan, selalu cuci tangan dengan bersih selepas mengendalikan makanan, terutama daging mentah atau makanan lain yang belum dimasak. Daging dan ayam harus dimasak dengan betul untuk membunuh setiap bakteria, dan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan mentah perlu dicuci dengan betul menggunakan air bersih.


Banyak antara kita biasa mengalami cirit-birit, tetapi ini tidak bererti ia tidak boleh membawa komplikasi.


Gambar Punca Penyakit Cirit-Birit Ubat dan Rawatan
Gambar Cirit-Birit - Jumpa Doktor Jika Penyakit Berlarutan & Serius

PROFESOR MADYA DR SHEIKH ANWAR ABDULLAH adalah seorang perunding gastroenterologi di Dewan Penasihat Perut Sehat.


Penulis ini tidak mempunyai kaitan dan tidak menyokong setiap jenama atau produk. Artikel ini adalah sumbangan Dewan Penasihat Perut Sehat dan disokong oleh Program Perut Sehat Vitagen. Untuk mendapatkan buku panduan kesihatan pencernaan secara percuma atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-5621 1408.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Punca Penyakit Cirit-Birit - Ubat & Rawatan By Mohd Rohaizad. Published: 28.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...