CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rozita Che Wan Jatuh Tangga Di Rumah


Betul Ke Artis Jelitawan Rozita Che Wan Jatuh Tangga Di Rumah?

Ya, pelakon artis jeliwan Rozita Che Wan telah mengalami kecederaan pada kaki kanannya akibat terjatuh dari tangga rumahnya malam Rabu lalu. Menurut Rozita Che Wan, disebabkan kejadian jatuh tangga tersebut ligamen kakinya itu terkoyak menyebabkan dia tidak dapat bergerak seperti biasa.

"Saya baru sahaja pulang daripda penggambaran terakhir drama Annissa dalam pukul 9 malam pada Rabu lepas. Masa menaiki tangga rumah tiba-tiba saya tergelincir menyebabkan saya terjatuh teruk ke bawah. "Pada awalnya saya fikir hanya jatuh biasa tapi ketika hendak tidur kaki mula sakit yang teramat sangat," kata Rozita Che Wan yang dihubungi wartawan hiburan di sini, Khamis semalam.

Tambah Rozita Che Wan lagi, dia segera menghubungi abang kandungnya untuk ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini, bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut mengenai kaki kanannya itu.

Gambar Rozita Che Wan Jatuh Tangga
 Gambar Rozita Che Wan - Jatuh Tangga Di Rumah - Nasib Tidak Patah Kaki

"Semasa hendak mendapatkan rawatan itu, kaki saya terlalu sakit dan saya tak boleh berjalan seperti biasa sehinggakan saya terpaksa didukung oleh abang saya untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital. "Semasa doktor buat pemeriksaan x-ray dia hanya mendapati ligamen kaki saya hanya terkoyak. Nasib baik ia tak patah," kata Rozita Che Wan yang memberitahu kakinya masih lagi dibalut pada ketika ini.

Kata Rozita Che Wan lagi, disebabkan kecederaan tersebut dia diberi rehat selama seminggu dan terpaksa bercuti daripada sebarang penggambaran drama dan filem buat sementara waktu sehinggalah sembuh.

"Doktor kata ia tidak teruk tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul pulih dari kecederaan ini. "Saya terpaksa membatalkan beberapa sesi fotografi dengan beberapa majalah dan tangguhkan beberapa penggambaran drama dalam masa seminggu ini," ujar Rozita Che Wan sedih.

Rozita Che Wan bakal memulakan penggambaran baru untuk drama khas program Hari Raya iaitu Pontianak Baru Kampung Batu, Kiah Pekasam dan Jaguh Kampung. -MStar.

Tengok Video Rozita Che Wan Seksi Cun Ditemubual Wartawan Hiburan





Apa komen mohdrohaizad.com - Nasib baik kaki Rozita Che Wan tidak patah, kalau tidak memang bercuti panjanglah pelakon jelita kita ini. Penulis harap Rozita Che Wan cepat sembuh ya daripada kemalanangan jatuh tangga di rumah. Lain kali kena hati-hati walau dimana jua.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rozita Che Wan Jatuh Tangga Di Rumah By Mohd Rohaizad. Published: 1.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...