CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rozita Che Wan Kongkong Shahir Semua Aktiviti Hidup?


Betul Ke Rozita Che Wan Kongkong Shahir AF8 Semua Aktiviti Hidup Seni?

Pelakon Rozita Che Wan yang terus dikatakan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) menolak tuduhan kononnya dia terlalu mengongkong penyanyi itu sehingga menyebabkan Shahir membatalkan aktiviti seninya pada saat-saat akhir. Kata Rozita Che Wan, walaupun berasa rimas kerana terus dikaitkan dengan penyanyi berusia 24 tahun itu, dia cukup terbuka dan memberikan kerjasama sebaik mungkin setiap kali diajukan pertanyaan tersebut.

Kalau diikutkan Rozita Che Wan memang rimas dan letih kerana terus dikaitkan dengan cerita-cerita begini yang tidak pernah berkesudahan. Tuduhan itu sebagai sesuatu yang tidak berasas. Namun, saya memberikan kerjasama dengan menjawab sebarang pertanyaan kontroversi yang mengaitkan diri saya dengan sebaik mungkin, kata Rozita Che Wan yang ditemui pada acara The Blue Kebaya Showcase di pusat beli-belah The Weld, di sini, Selasa.

Gambar Rozita Che Wan Kongkong Hidup Shahir AF8
 Gambar Rozita Che Wan Seksi Hot - Nafi Kongkong Hidup Shahir AF8

Rozita Che Wan memberitahu, tuduhan terbaru itu adalah sesuatu perkara yang tidak benar sama sekali kerana tiada sebab untuk dia mengongkong kerjaya seni orang lain. Malah menurut Rozita Che Wan, dia sendiri tidak mengetahui jadual kesenian Shahir selain tidak pernah masuk campur dalam apa juga urusan yang berkaitan dengan aktivitinya. Secara logiknya, kenapa pula saya hendak kawal atau kongkong dia? Saya pun tidak tahu-menahu tentang jadual kerjanya, apatah lagi untuk mengongkong dia.

Rozita Che Wan tidak pernah kawal Shahir, kehidupan atau kerjayanya. Itu adalah urusan peribadinya dan tiada kena-mengena dengan saya pun. Ditanya tentang perkembangan kerjayanya, Rozita berkata, dia akan terus sibuk dengan beberapa komitmen lakonan menjelang bulan Ramadan pada awal bulan depan. Saya akan memulakan penggambaran drama untuk TV9 mulai esok dan ada beberapa projek drama lain lagi. Sepanjang Ramadan ini, saya akan terus sibuk dengan beberapa komitmen lakonan juga, kata Rozita Che Wan yang bakal muncul dengan beberapa drama Raya termasuk Pontianak Baru Kampung Batu, Kiah Pekasam dan Jaguh Kampung. -MStar.

Tengok Video Koleksi Gambar Rozita Che Wan Seksi Cun Mantap Bergetah Beb..





mohdrohaizad.com - Penulis tengok gosip khabar angin Rozita Che Wan semakin menjadi-jadi dengan Shahir AF8. Adakah benar Rozita Che Wan kongkong hidup dan aktiviti seni Shahir AF8? Pada pendapat penulis, faktor umur mungkin mempengaruhi Rozita Che Wan dalam diam mengawal Shahir AF8 yang masih muda ini, yalah kan Rozita Che Wan matang mantap walaupun berusia kenalah jaga kekasihnya yang teramat jauh muda tu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rozita Che Wan Kongkong Shahir Semua Aktiviti Hidup? By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...