CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

'Salih Yaccob Show, Tag Line I Follow'


Rancangan Bual Bicara Baru 'Salih Yaccob Show, Tag Line I Follow'!

Selepas tiga tahun tidak mengendalikan sebarang program bual bicara, kini pelawak Salih Yaccob muncul dengan program barunya, Salih Yaccob Show, I Follow. Menurut kenyataan Salih Yaccob, tag line 'I Follow' diambil daripada slot Sinar Pagi yang dikendalikannya di Sinar FM dan apabila ia semakin dikenali, pihak Astro menerbitkan pula slot tersebut versi program bual bicara pula. "Sebenarnya saya pun tidak sangka bahawa 'I Follow' mempunyai ramai peminat da ia mampu menjadi fenomena buat pendengar-pendengar setia Sinar FM.

"Jadi saya percaya dengan kemunculan Salih Yaccob Show, I Follow, program ini dapat merapatkan lagi peminat-peminat dengan saya menerusi watak-watak yang sering saya bawakan dalam radio seperti Abang Jem, Mak Neng dan Wak Jawa," kata Salih Yaccob. Salih Yaccob Show, I Follow membincangkan topik-topik menarik secara santai dan bersahaja bersama tetamu-tetamu undangan bagi setiap episod dan pelakon Nik Sayyidah Fatiha (Mek) turut membantu dalam menjayakan program Salih Yaccob Show, I Follow.

Gambar Salih Yaacob Show I Follow
 Gambar Salih Yaacob, I Follow - Rancangan Bual Bicara Santai Best

Salih Yaccob Show, I Follow dibahagi kepada lima segmen menarik dimana segmen pertama dikenali sebagai I Follow iaitu sebuah persebahan pembuka tirai bagi setiap episod. Segmen Betul Tak akan mewarnai segmen kedua program itu dimana Salih Yaacob akan berceloteh dengan Mek mengenai topik-topik semasa yang dibincangkan yang antaranya seperti Rezeki Ramadhan, Susah Cari Kerja, Tiba-tiba Popular, Jarak Usia, Kaki Shopping dan Wanita Susah Cari Pasangan.

Selain itu, tiga lagi segmen yang ada pada program tersebut ialah Kembang Sa-Taman, Corat Coret dan Lagu Merapu. "Harap-harap saya dapat menjayakan program ini dengan baik kerana ia satu tigas yang mencabar. Maklumlah, dah tiga tahun tak kendalikan program temubual sendiri. "Bagaimanapun, saya gunakan peluang ini sebalik-baik mungkin untuk menghiburkan penonton. Alhamdulillah, apa yang lebih menyenangkan saya, pihak Astro memberi kebebasan kepada saya dalam mencari idea dan topik-topik yang ingin dibicarakan," kata Salih Yaacob.

Tengok Video Rancangan Temubual Usik-Usik Salih Yaacob 3 Tahun Yang Lalu.




Klik Sini - Majlis Pernikahan Tomok & Siti Rahayu Abas.

Apa komen mohdrohaizad.com - Buat peminat-peminat Salih Yaacob, jangan lupa saksikan progrm Salih Yaccob Show, I Follow yang akan ditayangkan setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 8 Julai 2011 menerusi saluran Astro Warna. Penulis pun tidak sabar tengok keletah abang Salih Yaakob kita ini, rindu pun ada. Hehehe..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

'Salih Yaccob Show, Tag Line I Follow' By Mohd Rohaizad. Published: 3.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...