CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Senarai Watak Kegemaran 'Harry Potter'


Tahukah Anda Senarai Watak Kegemaran  'Harry Potter' Diminati Penonton Sedunia?

Daripada beberapa karakter dalam filem adaptasi novel Harry Potter, watak antagonis jahat Severus Snape merupakan watak paling digemari penonton. Watak guru yang dilakonkan oleh Alan Rickman itu mendapat tempat pertama dalam carta undian yang dibuat oleh majalah Empire. Tempat kedua paling digemari ialah watak sahabat kepada Harry iaitu Ron Weastley yang dilakonkan oleh Rupert Grint. Apa yang sangat menghairankan ialah watak utama iaitu Harry Potter yang dilakonkan oleh Danial Radcliffe hanya berjaya menduduki tempat ketiga.

Gambar Severus Snape Watak Kegemaran Harry Potter
 Gambar Severus Snape - Watak Kegemaran Utama Harry Potter.

Menurut penulis majalah Empire tersebut, watak Snape dipilih kerana karakter dan jalan cerita terhadap watak tersebut adalah di luar jangkaan penonton. Severus Snape adalah karakter yang sangat hebat, ia rumit dan mengejutkan, tidak seperti apa yang kami sangka. Bagi saya Snape adalah watak yang paling sukar dan sangat penting dalam cerita ini berbanding hero.Manakala watak Hermione Granger yang dimainkan oleh Emma Watson dan ayahnya Sirius Black melengkapi lima kedudukan carta watak kegemaran penonton.

Berikut adalah carta senarai watak kegemaran dalam filem Harry Potter yang diminati penonton:

1. Severus Snape
2. Ron Weasley
3. Harry Potter
4. Hermione Granger
5. Sirius Black
6. Remus Lupin
7. Albus Dumbledore
8. Neville Longbottom
9. Dobby The Elf
10. Luna Lovegood
11. Fred Weasley
12. Lord Voldemort
13. Rubeus Hagrid
14. Bellatrix Lestrange
15. George Weasley
16. Draco Malfoy
17. Lucius Malfoy
18. Ginny Weasley
19. Professor Minerva McGonagall
20. Alastor "Mad-Eye" Moody
21. Molly Weasley
22. Nymphodora Tonks
23. Gilderoy Lockhart
24. Dolores Umbridge
25. Hedwig

Tengok Video Top Ten Severus Snape Sneers - Watak Kegemaran Harry Potter.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis turut terkejut yang watak Harry Potter hanya berada di kedudukan ketiga yang diminati oleh para penonton. Walaubagaimanapun, survey atau tinjauan ini semestinya tidak meliputi keseluruhan para peminat Harry Potter kerana ia berdasarkan kegemaran pembaca majalah Empire sahaja.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Senarai Watak Kegemaran  'Harry Potter' By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...