CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sharifah Shahora Seksi Tidak Puas?


Betul Ke Sharifah Shahora Seksi Tidak Puas? Tidak Puas Apa Ya?

Begitu lama terlibat dengan dunia seni lakonan sejak tahun 1996, pelakon Malaysia terkenal Sharifah Shahora Syed Akil (Shahora), 36 tahun, akui sudah tiada lagi istilah berlakon untuk mencari kepuasan. Bukan bermakna dia telah puas dengan setiap watak yang dilakonkan sebaliknya Sharifah Shahora sudah melakonkan pelbagai watak termasuk menjadi wanita kurang siuman sehingga dia tidak tahu lagi watak apakah yang dia ingini dilakonkannya.

Sharifah Shahora sudah melakonkan lebih 200 drama. Jadi, saya tidak lagi memikirkan tentang tawaran asalkan saya selesa bekerja dengan sesebuah produksi itu. Setakat ini, saya selesa bekerja dengan pengarah dan penerbit Michael Ang. Jadi, tawaran lakonan saya tidak pernah putus disebabkan dia akan memilih saya untuk berlakon beberapa buah drama dan telefilem sekali gus di bawah arahan atau terbitannya, jelas Sharifah Shahora yang lebih memikirkan cara untuk bertahan dalam industri ini.

Gambar Sharifah Shahora Seksi Cun Mengandung
Gambar Sharifah Shahora Seksi Tidak Puas?

Disebabkan itu, Sharifah Shahora akui banyak melakonkan drama dan telefilem yang disiarkan di Astro berbanding stesen televisyen lain. Pada bulan Ramadan ini, Sharifah Shahora akan muncul di Astro Prima (saluran 105) dengan telefilem berjudul Pintu Sakaratul Maut pada 14 Ogos 2011, pukul 10 malam. Selain itu, Sharifah Shahora turut membintangi drama Geisha, Prebet Jamilah musim kedua dan Pontianak Beraya Di Kampung Batu yang turut disiarkan di bawah Astro.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Bilut dan Pasrah ini menerokai perniagaan pakaian dalam wanita dengan membuka sebuah butik Fiedra Shahora Shop di tingkat bawah Axis Atrium, Ampang sejak dua bulan lalu. Kata Sharifah Shahora, dia sengaja memilih perniagaan tersebut kerana jarang kali peniaga yang memikirkan untuk menjual pakaian dalam. Saya membuat perniagaan ini menggunakan modal secara kecil-kecilan dengan bantuan suami saya, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

Gambar Suami Sharifah Shahora
 Gambar Majlis Pernikahan Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

Kami mendapatkan bekalan pakaian dalam dari pelbagai tempat di dalam negara dan luar negara seperti China, kata Sharifah Shahora yang meletakkan nama Fiedra sempena nama anaknya yang kini berusia dua tahun tujuh bulan. Sepanjang butik itu beroperasi, katanya ramai pengunjung termasuk rakan artis yang datang membeli pakaian dalam di situ. Butik itu dijangka akan dilancarkan pada suatu tarikh mengikut kelapangan masa suaminya.

Hakikatnya walaupun Fiedra bukan merupakan anak sendiri, Sharifah Shahora dan suami masih berusaha untuk mendambakan cahaya mata lagi cuma belum mempunyai rezeki. Kami sibuk dengan urusan masing-masing dan jarang berjumpa. Sekarang ini, saya di Kuala Lumpur menguruskan perniagaan dan lakonan manakala suami pula sibuk menjalani penggambaran filem “Rock 2” di Perak selama sebulan. Tetapi kadangkala suami ada juga berulang-alik jika mempunyai masa lapang. Walaupun jarang berjumpa, kami tetap bahagia, kata Sharifah Shahora dalam nada bergurau. Pasangan bahagia Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2008. -Mstar.

Tengok Video Lakonan Sharifah Shahora - Kisah Hantu Seram Penanggal.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Sharifah Shahora merupakan pelakon yang gigih dalam dunia lakonan, kebanyakan lakonan Sharifah Shahora membawa kesannya yang tersendiri sehinggakan Sharifah Shahora sudah berpuas hati dengan pelbagai watak yang dipegang. Penulis berharap Sharifah Shahora berjaya dalam lakonan dan perniagaan butiknya. Penulis turut mendoakan Sharifah Shahora dan suaminya Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang tidak puas dengan anak seorang untuk mendapatkan lagi cahaya mata.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sharifah Shahora Seksi Tidak Puas? By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...