CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Shuhaimi Baba Tuduh Jurey Beli Undi Gafim


Betul Ke Shuhaimi Baba Tuduh Jurey Beli Undi Jawatan Presiden Persatuan Filem Gafim?
 
Presiden, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang baru, Jurey Latiff Rosli kesal dengan tuduhan Datuk Paduka Shuhaimi Baba yang menuduhnya membeli undi untuk memenangi jawatan tertinggi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Gafim yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Ahad. Jurey berkata, tuduhan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) itu sebagai tindakan yang tidak berasas kerana mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya.

Saya kesal apabila ada pihak mendakwa saya tidak telus dan membeli undi termasuklah membayar RM300 kepada perwakilan tertentu bagi memenangi jawatan itu. Ia satu tuduhan yang tidak benar sama sekali," kata Jurey kepada media yang ditemui sejurus majlis berkenaan tamat di sini, Ahad. Jurey diminta mengulas surat bantahan yang dihantar oleh Shuhaimi kepada beberapa pihak dalam persatuan yang mengatakan Jurey telah membeli undi untuk memenangi jawatan berkenaan.

 Gambar Datuk Paduka Shuhaimi Baba

Selain surat tersebut Shuhaimi turut menghantar surat bagi memaklumkan PFM menarik diri untuk bergabung dalam Gafim yang dilihat ada kaitan dengan pemilihan jawatankuasa baru pada kali ini. Jurey berkata, pemilihannya sebagai Presiden Gafim yang baru adalah berdasarkan kepada keputusan pengundian yang dilakukan oleh kira-kira 50 perwakilan selain atas kapasitinya sebagai presiden dua persatuan lain iaitu Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Majlis Tindakan Industri Kreatif dan Multimedia (Majika).

Kata Jurey, dia yakin kemenangannya adalah kerana keyakinan ahli-ahli dalam 11 persatuan yang bergabung dalam Gafim untuk melihatnya menerajui persatuan tersebut selepas penyandangya Ahmad Puad Onah mengumumkan bagi melepaskan jawatan berkenaan. Ahli-ahli semua yakin dengan kepimpinan saya termasuklah melihat bagaimana kemenangan saya dalam Majika sebelum ini. Atas dasar itulah saya percaya mampu untuk menerajui Gafim sekali gus memenangi pemilihan kali ini.

 Gambar Jurey Latiff Rosli - Persatuan Gafim


Ditanya apakah punca tuduhan itu dikeluarkan oleh Shuhaimi, jelas Jurey ia mungkin disebabkan pengarah filem tersebut mahu melihat "orang-orangnya" memegang tampuk tertinggi persatuan itu. Katanya, jika hal itu berlaku, ia satu tindakan yang dianggap tidak adil kerana soal pemilihan terletak kepada tangan perwakilan untuk membuat keputusan. Ini bukan kali pertama PFM menarik diri dari Gafim. Sebelum ini pun dah pernah tetapi selepas dipijuk mereka masuk balik. Dan kali ini mereka buat perkara yang sama semula.

Sehubungan itu, jelas Jurey dia akan berbincang dengan pihak PFM agar menarik semula keputusan tersebut bagi memastikan hasrat melihat gabungan persatuan seni menjadi kuat akan tercapai. Mengulas mengenai kemenangannya dalam pemilihan kali ini Jurey berkata, dia berhasrat untuk membuat penjenamaan semula Gafim agar imej persatuan yang suram seperti sebelum ini dapat diubah selain ia dapat berfungsi sebagai persatuan yang gah dalam membela masalah-masalah ahli kepada pihak atasan. Langkah pertama katanya adalah menukar logo baru selain meluluskan usul hanya presiden-presiden yang bergabung dalam persatuan itu sahaja layak bertanding jawatan Presiden Gafim pada masa akan datang.

 Gambar AJK Persatuan Gafim

Selain PFM yang sudah menarik diri, Gafim dianggotai oleh Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (Fdam), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (Penyiar). Turut serta ialah Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (Papita), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia (Miewa), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dan Persatuan Industri Rakaman India Malaysia (Irim).

Berikut ini senarai jawatankuasa baru Gafim bagi tempoh 2011 sehingga 2013:

Presiden: Jurey Latiff Rosli
Timbalan Presiden: Yoki Chin
Naib Presiden: Khir Md. Noor
Setiausaha Agung: Yusof Kelana
Penolong Setiausaha Agung: Jamil Mutalib
Bendahari: Pansha
Penolong Bendahari: Kamil Ariffin
Pemeriksa Kira-Kira: Abdul Rahim Awang dan Ali Hussin

Klik Sini - Majlis Pernikahan Nurul Syuhada Majalah 3.
Kesimpulan mohdrohaizad.com - Begitulah persatuan yang melibatkan artis selebriti tanah air Malaysia. Sering berlaku pergaduhan, politik rasuah dalam persatuan artis pun bermasalah, tambah lagi negara tercinta ini. Adakah benar Shuhaimi Baba tuduh tanpa asas terhadap Jurey Latiff Rosli beli undi untuk jawatan presiden Gafim?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Shuhaimi Baba Tuduh Jurey Beli Undi Gafim By Mohd Rohaizad. Published: 18.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...