CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sinopsis Review Filem Tanda Putera - Sejarah Malaysia


Sinopsis Review Filem Tanda Putera Mengenai Sejarah Malaysia Persahabatan Dua Pemimpin Negara.

Meskipun memiliki pengalaman luas dalam bidang pengarahan filem, namun bagi pengarah wanita tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba, mengarahkan filem terbarunya, TANDA Putera (Tanda) cukup mencabar kredibilitinya sebagai seorang pengarah. Kata Shuhaimi Baba, Tanda bukan sebuah filem sembarangan jika hendak dibandingkan dengan lapan filem arahannya sebelum ini termasuk 1957 Hati Malaya. Apatah lagi, dengan kos penerbitannya yang dianggarkan mencecah RM4 juta, kata Shuhaimi Baba, memang tidak syak lagi, Tanda merupakan filem terbesar yang pernah diarahkan. Saya harus akui Tanda menuntut cabaran yang bukan kecil kerana apabila kita berhadapan dengan kos yang begitu besar, maka, kualitinya juga haruslah setaraf dengan bajet yang telah diperuntukkan itu.

Sudah pasti, saya mahukan yang terbaik untuk Tanda. Atas alasan itu jugalah, filem ini menghimpunkan barisan pelakon yang paling ramai iaitu hampir 30 orang pelakon baik daripada mereka yang sudah mempunyai nama mahupun pelakon baru, jelas Shuhaimi Baba ketika ditemui di lokasi penggambaran Tanda di Masjid Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Barangkali ada yang masih belum tahu Tanda merupakan sebuah naskhah nukilan Shumi yang mengisahkan tentang perjuangan dan persahabatan di antara dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.
Watak-Watak Dalam Filem Tanda Negara

Bagi menghidupkan watak bekas Perdana Menteri Kedua itu, tanggungjawab itu digalas oleh aktor terkenal, Rusdi Ramli manakala watak timbalannya pula menjadi milik Zizan Nin. Selain mereka, Tanda juga dibintangi oleh Kamarulzaman Taib atau Che' Kem sebagai Tunku Abdul Rahman, Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar). Tidak ketinggalan, Fizz Fairuz yang membawakan watak Tan Sri Arshad Ayub, Nazril Idrus (Tun Dr. Mahathir Mohamad), Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Mohd. Khir Mohd. Noor (Abdul Rahman Hashim), Ngasrizal Ngasri (Datuk Harun Idris) dan Razali Hussain (Ahmad Razali Mohd. Ali). Tanda turut menyaksikan bekas suami pelakon jelita, Maya Karin iaitu Steven David Shorthose sebagai doktor peribadi Tun Abdul Razak bernama Dr. Macpherson selain dua pelakon baru, Razif Hashim dan Sahee Shamsuddin sebagai Johari dan Najib Tun Razak.

Menyambung bicara, Shuhaimi Baba menjelaskan memandangkan proses penggambaran filem Tanda begitu rumit dan memerlukan masa yang lama, dia memilih barisan pelakon yang mampu memberikan lakonan terbaik tanpa proses latihan yang panjang. Ramai juga pelakon teater yang saya ambil untuk berlakon dalam filem ini. Walaupun tiada pengalaman, namun, mereka mempunyai asas lakonan. Malah, kami juga telah menghantar Rusdi dan Zizan untuk menghadiri kelas latihan golf selama tiga minggu bagi mempelajari teknik permainan itu dengan betul, ujar Shuhaimi Baba.

Gambar Filem Tanda Negara - Salah Satu Babak Lakonan Dalam Pembikinan
 Gambar Filem Tanda Negara - Salah Satu Babak Lakonan Dalam Pembikinan

Bukan hanya membariskan pelakon yang besar, tetapi kata Shuhaimi Baba, rekaan set untuk filem Tanda juga antara yang cukup mencabar dirinya serta krew produksi. Untuk filem kesembilan Shumi ini, ia memerlukan 60 set yang berbeza bagi menghidupkan era dari tahun 60-an hingga 80-an yang menjadi tunjang utama kepada penceritaan Tanda. Ini termasuklah pembinaan lokasi di Setapak, London, Jalan Petaling dan beberapa lokasi penting yang pernah menjadi tumpuan sewaktu era pemerintahan Tun Abdul Razak terutama sewaktu tragedi 13 Mei 1969 yang dibina di Studio Finas, Hulu Kelang serta KRU Studios, Cyberjaya.

Bukan mudah untuk menghasilkan semua rekaan set ini kerana ia memerlukan penelitian agar benar-benar hidup di layar lebar nanti. Bukan itu sahaja, cabaran lain yang dihadapi termasuklah pakaian seragam polis pada era itu. Namun kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia banyak membantu kami, kata Shuhaimi Baba. Tambahnya, hanya 30 peratus sahaja penggambaran dilakukan di dalam studio, manakala selebihnya adalah di luar. Antara lokasi yang dipilih termasuklah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Kampung Baru, Masjid Negara, Memorial Tun Abdul Razak, Kuang serta Bahau, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Tanda yang merupakan projek filem usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan diterbitkan dengan menggunakan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan Dan Warisan itu juga akan menjalani penggambaran di London selepas Aidilfitri nanti. Ia adalah untuk babak sewaktu Tun Abdul Razak mendapatkan rawatan terakhir sebelum meninggal dunia pada 14 Januari 1976 selain mahu mendapatkan suasana pada musim sejuk. Untuk itu juga, kata Shuhaimi Baba, Tanda akan menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) bagi memberikan kesan khas yang dapat melancarkan lagi proses penggambaran filem ini kelak.

Lagu Tema Filem Tanda Negara

Mengenali Shumi juga, dia cukup menitik beratkan soal lagu tema bagi filem-filemnya dan Tanda juga tidak terkecuali. Mengakui sudah pun berbincang dengan Sharon Paul selaku komposer lagu tema bagi filem ini, jelas Shumi, Tanda akan mempunyai dua buah lagu tema. Pihak kami sudah pun berbincang dengan Yuna untuk sebuah lagu yang akan digunakan bagi menggambarkan era itu. Selain itu juga, kami akan menggunakan lagu tema bagi keseluruhan jalan cerita Tanda. Untuk itu, kami sudah pun mencadangkan tiga penyanyi iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Najwa Mahiaddin. Semuanya terpulang kepada Sharon untuk menentukannya,” kata Shumi yang kali terakhir muncul dengan filem 1957 Hati Malaya pada tahun 2007.

Klik Sini - Tahukah Anda Almy Nadia Patah Jari Kaki Kerana Sepak Pintu Rumah?

mohdrohaizad.com - Penulis baca sinopsis review filem Tanda Negara seperti best, pasti akan ditayangkan setiap tahun bulan Ogos nanti kan? Jangan lupa filem sejarah Malaysia bertajuk TANDA Putera dijangka tayangannya sekitar pertengahan tahun 2012. Sama-samalah kita nantikan ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sinopsis Review Filem Tanda Putera - Sejarah Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...