CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sinopsis Review Flat 3A - Filem Kurang Best


Sinopsis Review Flat 3A - Betul Ke Filem Flat 3A Kurang Best?

Filem Flat 3A dibintangi oleh Intan Ladyana, Ery Zukhairi, Adey Syafrien, Zaidi Omar dan Khaty Azean.
Genre Seram / Misteri

Ulasan Sinopsis Review Flat 3A


Filem arahan Azahari Zain ini telah memasuki pawagam bermula minggu lalu. Mengetengahkan beberapa muka baru, filem ini mengisahkan tentang kejahilan manusia yang sanggup bersekongkol dengan syaitan demi kerana nafsu.
Walaubagaimanapun, kami ingin memberi peringatan. Jangan mudah membuat kesimpulan setelah anda menyaksikan trailer filem ini. Terus-terang kami katakan, garapannya sangat lemah dan plotnya melompat-lompat sehingga membuatkan perjalanan cerita agak kucar-kacir. Memang penonton boleh faham dengan apa yang ingin disampaikan,  tetapi kekurangan ini membunuh tumpuan penonton pada pertengahan cerita.

Akan tetapi, kami menyokong usaha produksi ini yang cuba memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya pengguguran haram. Cuma, persembahannya agak klise dengan filem-filem atau drama-drama sebelum ini. kami tetap tidak boleh terima apabila Fiqah (Intan Ladyana) menggugurkan kandungannya dengan cara bahaya sedangkan teman lelakinya seorang yang kaya-raya dan mampu menghantarnya ke hospital berbayar.

Mungkin alasannya kerana ingin membuatkan roh bayi itu terus menghantui Fiqah, tetapi adalah lebih baik jika ditunjukkan, walaupun Fiqah dan Anas melakukan penguguran di hospital atau klinik, tetapi kesilapan itu terus menghantui mereka. Pada pendapat kami, situasi ini lebih relevan dengan perkembangan semasa.

Gambar Sinopsis Review Filem Flat 3A
Gambar Tayangan Filem Flat 3A - Kurang Best Seramnya

Satu lagi perkara yang ingin kami sentuh ialah tentang lakonan hero baru, Adey Safrien. Masih banyak yang perlu dibaiki oleh pelakon berusia 23 tahun ini. Adey nampak kaku dan dilihat terlalu mencuba sehingga nampak lakonannya tidak semulajadi. Rasanya Adey belum layak untuk diangkat sebagai hero filem.

Tentang lakonan Intan Ladyana pula, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat. Persembahannya sudah dapat dijangka. Sebagai gambaran, filem ini mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungan kerana tidak mahu mempunyai anak luar nikah. Walaupun enggan, Fiqah akhirnya terpaksa menuruti kehendak Anas.

Namun, Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Kerana mahu melupakan episod kelam itu, Fiqah mengajak Ratna berpindah ke tempat lain. Ratna telah menyewa sebuah flat murah. Tanpa diketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang dipercayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah.

Tengok Video Trailer Film Flat 3A Yang Indah Khabar Dari Rupa.




Trivia Info Menarik Filem Flat 3A

Filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM800 ribu selepas lima hari ditayangkan di pawagam seluruh negara. Filem ini menjalani penggambaran di sebuah flat kosong di Taman Medan, Petaling Jaya. Rating 2 bintang diberikan untuk Filem Flat 3A -Gua.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sinopsis Review Flat 3A - Filem Kurang Best By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...