CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Siti Nurhaliza Belajar UiTM Jurusan Muzik


Betul Ke Siti Nurhaliza Sambung Belajar UITM Shah Alam Dalam Diploma Jurusan Muzik?

Semasa berada di sidang media selepas berjayanya Malam Gala SimplySiti 2011 semalam, penyanyi no.1 negara Malaysia, siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza yang bakal melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam diploma jurusan muzik.

Hasrat Siti Nurhaliza ini telah disampaikan terus kepada Naib Canselor UiTM iaitu Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar sendiri tentang perancangan Siti Nurhaliza yang mahu sambung belajar dalam bidang muzik yang diminatinya itu. Walaubagaimanapun, hal ini belum disahkan lagi kerana kena tengok juga kelayakan SPM Siti Nurhaliza ini, layak ke tidak nanti? Tentulah layak kan? Dengan pengalaman dan anugerah yang dimenangi Siti Nurhaliza akan banyak membantu dalam melayakkan diri masuk UiTM.

Gambar Siti Nurhaliza Belajar UiTM Shah Alam Jurusan Muzik
Gambar Siti Nurhaliza Sampaikan Hasrat Sambung Belajar Di UiTM Shah Alam Jurusan Muzik

Menurut kenyataan Siti Nurhaliza sendiri, dia kekurangan teori dan pembelajaran secara formal, disebabkan itu timbul kesedaran dalam diri Siti Nurhaliza untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM. Tapi kenapa Siti Nurhaliza memilih UiTM? Mungkinkah UiTM akan memudahkan kelayakan Siti Nurhaliza masuk dan lulus dengan cemerlang dalam UiTM tanpa bersusah payah?

Apa pula komen Datuk K? Datuk Khalid Mohamad Jiwa memang tiada masalah, malah Datuk K sendiri  tidak menghalang tetapi amat menggalakkan jika hasrat Siti Nurhaliza benar-benar hendak sambung belajar di UiTM dalam jurusan muzik yang diminatinya itu. Datuk K dengan misainya yang super power sedia memberi sokongan penuh kepada isteri tersayang itu dalam apa jua halangan masalah yang bakal Siti hadapi di UiTM andai berjaya diterima nanti.

Tengok Video Siti Nurhaliza Nyata Hasrat Sambung Belajar Di UiTM Dalam Bidang Muzik.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis dan para peminat merasa bangga dan sangat menyokong penuh dari segi moral ya kepada Datuk Siti Nurhaliza yang berhasrat untuk sambung belajar di UiTM Shah Alam dalam jurusan bidang muzik. Penulis doakan semoga Siti Nurhaliza berjaya masuk dan belajar di UiTM dengan jayanya nanti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Siti Nurhaliza Belajar UiTM Jurusan Muzik By Mohd Rohaizad. Published: 10.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...