CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Uji Bakat Program Jutawan - Wants To Be A Millionaire


Uji Bakat Program Menjadi Jutawan - Wants To Be A Millionaire Mendapat Sambutan Hebat!

Di TAMPA BAY, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 600 orang peserta hadir untuk sesi uji bakat kuiz televisyen popular iaitu Who Wants To Be A Millionaire dengan harapan mereka berpeluang untuk bergelar seorang jutawan segera, lapor sebuah akhbar semalam.

Sesi uji bakat musim terkini kuiz popular itu yang menawarkan peluang memenangi wang tunai AS$1 juta (RM2.95 juta), diadakan di Hotel Grand Hyatt di sini, negeri Florida kelmarin.

Seorang wanita yang ditemui di lokasi itu berkata, minatnya yang mendalam terhadap kuiz Who Wants To Be A Millionaire mendorongnya mencuba nasib dalam sesi uji bakat tersebut.

Gambar Uji Bakat Program Jutawan Wants To Be A Millionaire
 Gambar peserta yang menghadiri uji bakat kuiz televisyen Who Wants To Be A Millionaire di Hotel Grand Hyatt Tampa, Florida, Amerika Syarikat kelmarin.

Para peserta yang berjaya dalam sesi uji bakat di sini akan dihantar ke New York bersama peserta lain dari seluruh AS.

Beberapa peserta yang bertuah dalam kalangan mereka akan dipilih sebagai antara finalis yang berpeluang untuk bertanding dalam kuiz Who Wants To Be A Millionaire. -Agens.

Tengok Video Tips Menjadi Jutawan! Kena Belajar Mengetahui Step Yang Betul.




mohdrohaizad.com - Di Malaysia, program menjadi jutawan Wants To Be A Millionaire telah ditamatkan. Kalau rajin jugaklah penulis tunggu Datuk Jalaluddin Hassan yang menjadi host program menjadi jutawan segera itu. Di Amerika Syarikat program uji bakat program menjadi jutawan ini masih menjadi kegilaan orang ramai yang teringin bergelar JUTAWAN segera! Tapi program jutawan terkini di Malaysia anda boleh masuk Kelab Jutawan untuk menjadi jutawan sampah segera.. Hehehe.. Jangan marah ya sapa yang masuk Kelab Jutawan penipu itu..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Uji Bakat Program Jutawan - Wants To Be A Millionaire By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...