CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

UUM Konvokesyen Setahun Sekali - Jimatkan Kos


Universiti Utara Malaysia (UUM) Konvokesyen / Convocation Diadakan Hanya Setahun Sekali Untuk Jimatkan Kos Pengurusan.

SAYA merupakan bekas pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah menamatkan pengajian termasuk latihan praktikum pada 30 September 2010. Saya akan menerima ijazah di majlis konvokesyen yang sepatutnya diadakan Mac ini jika mengikut kelazimannya. 

Bagaimanapun khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa mulai tahun 2011 UUM akan mengadakan majlis konvokesyen hanya sekali setahun iaitu pada bulan Oktober. Saya mendapatkan kepastian daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tetapi mereka menafikan dan menjawab itu hanya khabar angin.

Saya kemudian merujuk pula Jabatan Hal Ehwal Akademik. Mereka mengesahkan konvokesyen hanya akan diadakan pada Oktober tetapi tarikh masih belum ditentukan lagi.

Sekiranya benar keputusan pihak universiti untuk mengadakan konvokesyen hanya sekali setahun, bermakna bakal graduan perlu menunggu setahun untuk berkonvokesyen iaitu setelah tamat praktikum pada penghujung September 2010. Majlis konvokesyen pula Oktober 2011.

Hal ini amat menyukarkan saya memperoleh pekerjaan yang tetap terutama di sektor awam kerana kebanyakan badan kerajaan tidak menerima surat tamat pengajian dan transkrip akademik sementara walaupun dikeluarkan dan disahkan oleh pihak universiti.

Malah permohonan saya untuk mengikuti Kursus Pergurusan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Januari 2011 juga tidak berjaya hanya kerana saya gagal mengemukan ijazah saya semasa sesi temuduga. Permohonan kedua saya bagi ambilan Jun juga bakal gagal sekiranya majlis konvokesyen hanya akan diadakan pada bulan Oktober.

Saya yakin masalah yang sama akan menimpa bakal graduan yang sepatutnya berkonvokesyen Mac ini. Selain itu, UUM perlu bersedia supaya masalah tidak berulang.

Saya berharap UUM menimbangkan semula keputusan tersebut dan dapat mengadakan majlis konvokesyen Mac ini.

AYU - Puchong, Kuala Lumpur

Gambar UUM Konvokesyen - Convocation

Jawapan Pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) - Isu Konvokesyen / Convocation Setahun

SAYA merujuk kepada surat Ayu dari Puchong, Selangor yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 1 Mac 2011 bertajuk Konvokesyen UUM hanya sekali setahun? 

Pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Senat UUM telah menetapkan Konvokesyen ke-24 UUM pada tahun ini diadakan sekali sahaja, iaitu pada 1 hingga 5 Oktober 2011 tertakluk kepada perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor UUM.

Ketetapan ini berlandaskan kepada Akta dan Peraturan Akademik (Universiti Utara Malaysia) Bahagian IV Peruntukan-Peruntukan Am di perenggan 47 (1) menyatakan "Konvokesyen untuk menyampaikan ijazah-ijazah hendaklah diadakan secara tahunan, seberapa kerap yang diarahkan oleh Canselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor".

Keputusan mengadakan Majlis Konvokesyen sekali setahun diputuskan oleh Mesyuarat Senat Universiti setelah menimbang dengan teliti pelbagai aspek terutamanya, implikasi kewangan, kepentingan pelajar, kalendar akademik, aktiviti-aktiviti tahunan universiti dan tarikh-tarikh bersesuaian.

Kos mengadakan konvokesyen dua kali setahun sangat membebankan UUM daripada segi kewangan dan biaya yang besar terpaksa dikeluarkan setiap kali konvokesyen. Selain itu tumpuan dan masa juga banyak diberikan kepada program ini sehingga membebankan staf dan pentadbiran. Pada masa yang sama mereka terpaksa menumpukan kepada pelbagai perkara lain yang lebih penting untuk mengangkat martabat UUM ke tahap yang lebih tinggi sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.

Walaupun majlis konvokesyen hanya sekali setahun, pelajar yang telah disahkan pengijazahan oleh Senat akan dikeluarkan Surat Tamat Pengajian dan Transkrip Akademik Sementara. Dokumen-dokumen berkenaan boleh digunakan sebagai pengesahan rasmi universiti bagi menggantikan Sijil Ijazah dan Transkrip Akademik asal, sama ada untuk tujuan permohonan pekerjaan, temuduga, permohonan melanjutkan pengajian atau lain-lain kegunaan rasmi berkaitan.

Pemberian Ijazah dan Transkrip Akademik asal kepada graduan hanya akan diberikan semasa Majlis Konvokesyen setelah graduan berkenaan menerima skrol dan memulangkan jubah akademik serta menyelesaikan semua tunggakan hutang dengan universiti.

Tengok Video Isu Cukai Tanah & Bekalan Air Yang Bebankan Universiti Utara Malaysia (UUM).




PENGARAH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Untuk Maklumat Lanjut: Sila Ke Website UUM Konvokesyen / Convocation Di Sini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

UUM Konvokesyen Setahun Sekali - Jimatkan Kos By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...