CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Wanita Onani Melancap Punca Gemuk Obesiti?


Topik Menarik: Betul Ke Wanita Yang Lakukan Onani / Melancap Punca Gemuk Obesiti?

Soalan 1:

SAYA suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani / berlancap akan cepat obes?

Gambar Masalah Wanita Onani Lancap
Gambar Dilema Wanita / Perempuan Lakukan Onani

Puan:

Terima kasih. Soalan yang diutarakan oleh Puan amat menarik sekali. Sangkaan Puan berkaitan onani menyebabkan cepat obesiti adalah tidak tepat sama sekali. Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan alat.

Onani di kalangan wanita amat jarang diperbincangkan. Adalah menjadi satu ‘tabu’ untuk membincangkan aktiviti ini yang juga wujud di kalangan wanita. Begitu juga, wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka ‘tidak mengapa’ mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan. Agama Islam juga mengharamkan seseorang wanita berkhayal imaginasi kotor dan menonton filem porno lucah. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ia terdesak dan demi mencegah zina. Secara kesimpulan, dibolehkan barang siapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkannya bernikah demi mencapai perintah Allah.

Onani tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian atau fizikal. Ini adalah salah anggap atau mitos-mitos yang tidak tepat yang sering dikaitkan dengan onani. Dari segi pandangan perubatan moden, onani adalah selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu merasa bersalah atau tertekan selepas onani. Onani boleh memberi kelegaan kepada ketegangan seks (sexual tension). Ia adalah cara paling selamat kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi seks seperti HIV. Ia juga adalah suatu cara seseorang wanita mendapat kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks, dapat meningkatkan aliran darah ke bahagian kemaluan dan seterusnya meningkatkan fungsi serta kesihatan seksual, memberi peluang kepada seseorang mengenali dan memahami fokus erotik pada badan sendiri dan juga boleh membantu wanita mencapai orgasma. Wanita jangan mudah terpengaru.-Utusan Kesihatan.

Tengok Video Wanita Yang Bermasalah Dengan Onani - Lawak Bertapis Ni.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Kepada para gadis awek wanita perempuan diluar sana jangan mudah terpengaruh dengan fakta-fakta yang luar tidak benar ya. Jangan mudah sangat percaya yang wanita yang melakukan onani / lancap menjadi punca faktor gemuk atau obesiti. Huhu.. topik berbentuk seksual sikit kali ini, harap berfikiran terbuka ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Wanita Onani Melancap Punca Gemuk Obesiti? By Mohd Rohaizad. Published: 14.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...