CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Yasmin Hani Kahwin Shahrin (Black Rose)


Tahniah! Pelakon Cantik Yasmin Hani Seksi Hot Kahwin Shahrin (Black Rose)! 

Pelakon jelitawan Yasmin Hani berumur 32 tahun, mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung Oktober 2011 ini dengan bekas pemain dram Black Rose yang juga bekas suami kepada pelakon Ida Nerina iaitu Shahrin Razali. Jelas Yasmin Hani atau lebih mesra dipanggil Hani, majlis pernikahan mereka yang akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang itu akan diadakan secara kecil-kecilan dan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Saya akan berkahwin dengan Shahrin pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Oktober dan majlis tersebut akan diadakan secara kecil kecilan yang akan dihadiri oleh rakan terdekat dan ahli keluarga. Segala persiapan perkahwinan, Insya-Allah sudah siap dan hanya tinggal beberapa perkara tentang peraturan perkahwinan yang masih belum selesai. Saya hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama di Duchess Place, Jalan Ampang, kata Ysmin Hani yang ditemui di Majlis Pra-Tonton drama terbaru Astro Prima, di sini, Isnin.

Gambar Yasmin Hani Seksi Hot
 Gambar Yasmin Hani Seksi Hot - Majlis Perkahwinan Dengan Shahrin Razali Tidak Lama Lagi.

Tambah Yasmin Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang adalah masa yang paling tepat, malah dia menganggap kehadiran Shahrin bagaikan melengkapi lagi kehidupannya. Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain. Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga.

Ditanya tentang kelebihan Shahrin Razali di mata pengacara Beat TV ini, Yasmin Hani berkata Shahrin seorang lelaki yang penyayang dan kelakar. Dia seorang yang susah untuk difahami, kadang-kadang keluarga dia sendiri tidak tahu perangai dia. Kami banyak berkongsi minat yang sama seperti muzik dan laut, manakala banyak sifat-sifat kami yang saling melengkapi. Sementara itu, bercerita tentang perancangan selepas berkahwin, Hani berkata dia masih terus bekerja seperti biasa dalam industri ini. -MStar.

Tengok Video Yasmin Hani Hot Malay Actress - Posing Maut Fotografi.





Kata mohdrohaizad.com - Penulis mengucapkan tahniah buat Yasmin Hani dan Shahrin Razali (Black Rose) yang bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka. Semoga bakal pasangan artis ini mengecapi kebahgiaan. Akak Ida Nerina pulak macam mana sekarang?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Yasmin Hani Kahwin Shahrin (Black Rose) By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...