CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ziana Zain Dikritik Jehan & Freddie Isu Persatuan Artis


Terbaru Ziana Zain Dikritik Hebat Oleh Jehan Miskin & Freddie Frenandez Isu Persatuan Artis!

Ahli Jawatankuasa (AJK), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Jehan Miskin menganggap dakwaan penyanyi Ziana Zain yang mendakwa penglibatan golongan artis selebriti dalam mana-mana persatuan artis sebagai buang masa adalah satu kenyataan yang tidak berasas. Jehan Miskin berkata lagi, mana-mana pihak termasuklah Ziana Zain tidak sewajarnya mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh sesebuah persatuan artis selebriti kerana penubuhannya mempunyai objektif tertentu selain memerlukan sokongan daripada banyak pihak terutamanya golongan artis-artis muda.

Saya akui memang agak sukar sesebuah persatuan artis itu untuk beri bantuan terutamanya dari segi kewangan kerana dana yang ada bukan besar tapi sekurang-kurangnya kami mencuba. Kenyataan tentang penubuhan sesebuah persatuan artis itu tidak berfaedah dan buang masa adalah tidak tepat sama sekali. Kami sentiasa berusaha untuk mencari jalan membantu golongan artis biarpun sekadar yang kami mampu.

Gambar Ziana Zain Kritik Persatuan Artis
 Gambar Ziana Zain - Persatuan Artis Malaysia Hanya Buang Masa

Jehan Miskin yang juga Ketua Biro Perundangan, Pemantauan dan Aduan persatuan Seniman berkata, sebagai generasi muda yang aktif dalam persatuan, dia menganggap aktiviti tersebut bukan sesuatu yang buang masa malah lebih mengeratkan silaturahim. Kita tidak boleh mengatakan dia (Ziana Zain) salah kerana itu adalah pendapat peribadi dia tapi bagi saya penubuhan sesebuah persatuan mampu mengeratkan hubungan sesama artis melalui aktiviti yang dianjurkan. Pernah kami pergi ke rumah seorang artis veteran untuk memberi sebuah kerusi roda sahaja tetapi dia sangat menghargai sumbangan tersebut sehinggakan kami semua mengalirkan air mata, ujar Jehan Miskin yang sudah menjadi ahli Seniman sejak mula membabitkan diri dalam industri seni tanah air.

Gambar Jehan Miskin AJK Seniman
 Gambar Jehan Miskin, AJK Seniman Pertahan Persatuan Artis

Freddie Fernandez, Presiden Karyawan Bidas Kenyataan Ziana Zain

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Dingin itu merupakan pandangan peribadi yang keterlaluan. Kata Datuk Freddie Fernandez, dia seharusnya memikirkan kepentingan artis-artis lain yang tidak sepertinya dan tidak hanya berfikir bagi pihak diri sendiri sahaja.

Itu adalah pandangan peribadi dia, mungkin kerana dia tidak mengalami sebarang masalah atau memerlukan bantuan daripada mana-mana persatuan sepanjang bergelar artis. Memang saya lihat segelintir artis yang bertaraf tinggi seperti dia tidak menghiraukan tentang kegiatan persatuan artis. Itu adalah hak mereka tapi mereka tidak seharusnya membuat kenyataan keterlaluan dan meminta persatuan dibubarkan, ujar Datuk Freddie Fernandez yang kesal dengan kenyataan Ziana Zain.

Gambar Datuk Freddie Fernandez Presiden Karyawan
Gambar Datuk Freddie Fernandez, Presiden Karyawan Perli Ziana Zain Tidak Perlu Persatuan Artis

Kata Datuk Freddie Fernandez lagi, biarpun usaha-usaha yang dilakukan tidak memberi impak atau terlihat dengan mata kasar, namun sedikit sebanyak membantu para artis yang memerlukan. Kami tahu ramai yang tidak sedar tentang apa yang telah kami lakukan tapi sebenarnya kesan usaha kami dilihat dalam jangka masa panjang. Contohnya memperjuangkan royalti artis, mengurangkan pemutaran lagu-lagu Indonesia di stesen-stesen radio dan memberi bantuan kewangan kepada artis-artis yang memerlukan.

Kata Datuk Freddie Fernandez, disebabkan pandangan-pandangan dan persepsi artis sebegini boleh mempengaruhi golongan artis muda yang lain. Persatuan wujud sebagai orang tengah dan tempat untuk artis bergantung, jika dia tidak memerlukan bantuan persatuan masih ada artis lain yang menyokong kami, kata Datuk Freddie Fernandez mangakhiri temubual berkenaan isu persatuan artis yang dikemukan oleh Ziana Zain.

Tengok Video Isu Kontroversi Penyelewengan Persatuan Artis Malaysia, Seniman, Karyawan.






Video Isu Kontroversi Ahmad Idham & Datuk Aziz Sattar Sebagai Mengingati Balik Peranan Persatuan-Persatuan Artis Selebriti Malaysia Yang Kuat Berpolitik.


Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis berpendapat yang persatuan-persatuan artis selebriti Malaysia perlu bergabung, tinggalkan jawatan-jawatan yang ada demi memperjuangkan membela nasib artis-artis Malaysia yang tidak seberapa ini. Persatuan pertubuhan artis seperti Seniman, Karyawan, Papita perlu membuang sikap suka berpolitik, berebut jawatan, bergaduh sesama sendiri, membuang masa dalam persatuan, guna dana artis buat program tidak berguna dan yang penting jangan biar artis-artis muda muak mual dengan telatah artis-artis veteran senior kononnya lebih bagus daripada artis-artis lain.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ziana Zain Dikritik Jehan & Freddie Isu Persatuan Artis By Mohd Rohaizad. Published: 12.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...