CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Ziana Zain Kutuk Persatuan Seni Hiburan Malaysia


Betul Ke Ziana Zain Kutuk Persatuan Seni Hiburan Malaysia?

Penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia, Ziana Zain menganggap penyertaan selebriti artis Malaysia dalam mana-mana persatuan artis adalah satu pembaziran masa mereka sahaja. Menurut Ziana Zain lagi, semua persatuan seni yang antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan dan Papita perlu dibubarkan kerana kebanyakannya adalah untuk kepentingan peribadi mereka yang memegang jawatan di dalam persatuan itu semata-mata.

Minta maaflah kalau ada yang terasa tetapi pada pendapat Ziana persatuan-persatuan seni hiburan yang tersedia ada di Malaysia sekarang ini haruslah dibubarkan. Cubalah anda fikir secara logiknya, jika kita sebagai selebriti artis mahu bersatu dalam segala hal, perlukah kita mempunyai pelbagai persatuan? Malah dengan persatuan yang ada, masing-masing asyik bercanggah pendapat dan ada yang menubuhkan persatuan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri, sampaikan ada yang berebut dan bergaduh semata-mata hendakkan jawatan, tegas Ziana Zain yang sudah tidak tahan lagi dengan kerenah persatuan pertubuhan seni hiburan Malaysia.

Gambar Ziana Zain Seksi Hot Kutuk Persatuan Artis Malaysia
 Gambar Ziana Zain Seksi Hot - Kutuk Persatuan Artis Yang Gila Jawatan

Tambah Ziana Zain kerana disebabkan isu hal tersebut, dia tidak pernah menyertai mana-mana persatuan artis sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai seorang penyanyi. Walaubagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Dingin itu menyarankan kepada para selebriti untuk merujuk kepada satu agensi sahaja iaitu Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) jika berhadapan dengan masalah.

Ziana Zain sarankan kepada para artis untuk sertai Kopstar kerana ia boleh banyak membantu dan membela kita daripada pelbagai segi termasuklah hak-hak royalti artis. Memang ramai yang tidak tahu tentang koperasi Kopstar tersebut kerana ia kurang diberi publisiti yang meluas tetapi, Insya-Allah, segala kesulitan yang berlaku boleh diatasi, kata Ziana Zain ihklas. Ziana Zain memberitahu lagi, dia tidak kisah jika bersuara lantang kritikan tentang isu pergaduhan, agenda peribadi artis dalam merebut jawatan dalam persatuan dan hal-hal lain yang negatif kerana tidak mahu masalah industri hiburan yang ada dirumitkan lagi dengan adanya banyak persatuan artis. -MStar.

Tengok Video MTV Ziana Zain - Lagu Dingin Bersama Lirik Karaoke.






Apa kata mohdrohaizad.com - Penulis turut bersetuju dengan akak Ziana Zain ini, persatuan artis seni hiburan yang ada dekat Malaysia ini sebenarnya gila jawatan, suka bergaduh dan berebutkan jawatan. Jarang penulis dengar yang persatuan-persatuan artis ini membela artis dibawah naungan mereka. Yang sering dengar persatuan-persatuan artis kuat bergaduh sesama sendiri, berpuak-puak dan bermasam muka disebabkan jawatan. Kalau dah gila sangat dekat jawatan itu, baik masuk politik, lagi untung, nak dapat rasuah berjuta-juta pun senang. Tak gitu? Kesimpulannya, kenyataan Ziana Zain kutuk persatuan artis seni hiburan Malaysia memang berasas berdasarkan situasi pengalamannya dalam industri seni selama 20 tahun.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ziana Zain Kutuk Persatuan Seni Hiburan Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 8.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...