CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Adeep Fabulous Cats Berubah Untuk Berdakwah Islam


Adeep Fabulous Cats Berubah Untuk Berdakwah Islam

Salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats, Adeep atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar, nekad untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah.

Menurut ketua kumpulan itu, Cat Farish, dia menghormati keputusan Adeep walaupun dia tahu The Fabulous Cats kini kekurangan seorang ahli yang berbakat dalam bidang muzik.

"Kali terakhir kami dapat membuat persembahan bersama iaitu pada sebulan lalu di Sungei Wang Plaza. Kalau nak diikutkan, sudah lama dia berhasrat untuk bersara daripada kegiatan muzik.

"Memang sebelum ini Adeep banyak membantu dalam penciptaan lagu-lagu The Fabulous Cats . Bagaimanapun nasib baiklah seoarnag lagi anggota The Fabulous Cats iaitu Zizi sudah pandai menghasilkan lagu," kata Cat Farish yang ditemui pada tayangan perdana filem Hantu Bonceng, di Panggung Odeon, di sini, Selasa.

Gambar Adeep atau Abdul Mutalib Nahar - The Fabulous Cats
 Gambar Adeep atau Abdul Mutalib Nahar - The Fabulous Cats

Tambah Cat Farish, selepas penarikan diri Adeep dia belum terfikir untuk mencari ahli baru dan semua keputusan terletak pada pihak syarikat rakamannya, Alibi Music.

Bagaimanapun, Cat Farish gembira dengan perubahan Adeep tetapi enggan mengganggu urusan kehidupan peribadi rakannya itu selepas ini.

Dengan penarikan diri Adeep, The Fabulous Cats kini hanya dianggotai Cat, Wangi (Wangi Julianda) dan Zizi (Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil)

Sementara itu, Cat juga kini sedang merancang untuk menerbitkan sebuah album KL Pop dengan dibarisi oleh pelbagai penyanyi-penyanyi popular yang tidak mempunyai album

"Saya mahu gabungkan artis-artis yang berbakat tetapi tidak mempunyai album seperti Dina, Zahid, Marsha, Zizan, Beeru dan Jzell.

"Pada masa yang sama, saya ingin kembalikan muzik R&B seperti yang pernah popular di sekitar tahun 2000, sama seperti ketika saya bersama Ruffedge dahulu," ujarnya. -MStar.

Tengok Video The Fabulous Cats Lagu Terkini Cinta Kosmik.




mohdrohaizad.com - Keputusan yang diambil Adeep The Fabulous Cats direstui Cat Farish. Semoga Adeep The Fabulous Cats dapat melakukan aktiviti dakwah Islam dengan jayanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Adeep Fabulous Cats Berubah Untuk Berdakwah Islam By Mohd Rohaizad. Published: 25.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...