CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ali Norpiah (Juara Kilauan Emas) Duet Siti Nurhaliza


Ali Norpiah (Juara Kilauan Emas) Mengidam Untuk Berduet Dengan Siti Nurhaliza!

Juara Kilauan Emas, Mohd Ali Norpiah Mohd Johar, 46 tahun, ingin untuk menghasilkan lagu duet dengan dua pupunya, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Namun niat tersebut masih belum diputuskan kepada wanita itu melainkan cakap-cakap mulut yang diajukan kepada ibu Siti iaitu Siti Salmah Bachik. Saya dan Datuk Siti Nurhaliza adalah dua pupu kerana ayah saya dan mak dia sepupu. Saya ada bertemu dengan mak dia di Kuala Lipis sebelum ini. Jadi, keluarga dia tahu tentang impian saya ini dan jika tiada aral, saya mungkin akan berduet dengan dia, ujar Ali Norpiah.

Namun, jelas Ali Norpiah usul itu hanya saranan dan dia enggan meletakkan apa-apa harapan kerana bimbang tidak menjadi. Saya hanya bercakap, kalau boleh baguslah tapi kalau tak dapat pun tak mengapa. Mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri ini, baru saya akan merancang untuk mengembangkan karier seni ini, tambah Ali Norpiah yang nekad bergelar penyanyi sepenuh masa.

Gambar Ali Norpiah Juara Kilauan Emas Duet Siti Nurhaliza
Gambar Mohd Ali Norpiah (dua dari kiri), menjuarai Pentas Akhir Kilauan Emas Astro.

Sebelum ini, Ali Norpiah yang bekerja sebagai perunding acara di syarikat sendiri iaitu Sinar Event Management & Consultant sejak enam tahun lalu. Jika kerjaya saya menjadi terlalu sibuk, mungkin saya akan menutup syarikat lama dan mendirikan Ali Entertainment. Saat ini, saya akan serahkan kepada pembantu saya untuk menguruskan Sinar jika saya terikat dengan undangan nyanyian di acara syarikat atau acara tertentu, ujar Ali Norpiah yang menetap di Kuala Lumpur.

Menyentuh kepada wang kemenangan yang diraih sebanyak RM20, 000, bapa kepada enam orang anak berusia antara 19 tahun hingga empat tahun ini memperuntukkan wang tersebut untuk kos pelajaran anak-anak dan selebihnya untuk disimpan. Bercerita tentang pengalaman, kemenangan ini bukanlah yang pertama kali oleh Ali kerana dia pernah memenangi pertandingan Lagu Patriotik Jakarta selama 10 berturut-turut dan banyak pula bergelarjuara untuk pertandingan karaoke yang disertainya.

Ali Norpiah yang juga pernah menyertai Bintang RTM 80-an tidak menganggap usia yang sudah lanjut menjadi penghalang untuk bergelar penyanyi. Saya rasa tidak ada masalah walaupun baru sekarang menempa kejayaan seperti ini. Program realiti Kilauan Emas yang disiarkan di Astro Prima (saluran 105) pada Jumaat lalu itu juga menyaksikan runner-up yang disandang oleh Shamsiah Mohd Said dan memenangi wang tunai RM15, 000, tempatketiga Azhar Shariff (RM10, 000) sedangkan tempat keempat Mohd Razip Kadir . Razip juga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas polident dan menerima wang tunai RM5, 000. -MStar.

Tengok Video Persembahan Ali Norpiah Juara Kilauan Emas Di Youtube Online Bagi Yang Terlepas Saksi Do Astro.




mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Ali Norpiah dan para pemenang Kilauan Emas yang lain. Selepas ini Ali Norpiah akan berduet dengan Siti Nurhaliza pulak! Rasa-rasanya idaman abang Ali Norpiah kita ini akan berjaya tidak lama lagi. Nantikan....

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ali Norpiah (Juara Kilauan Emas) Duet Siti Nurhaliza By Mohd Rohaizad. Published: 1.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...