CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ally Iskandar & Aisyah Sah Putus Tunang


Ally Iskandar Dan Nur Aisyah Sah Putus Tunang!

Heboh gempar di sana sini orang ramai bercerita pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat putus tunang beberapa hari yang lalu, hari ini, satu lagi pasangan dikatakan mengalami nasib yang sama dengan Khairul Fahmi.
 
Pengacara popular stesen TV3, Ally Iskandar dikatakan telah putus tunang dengan naib juara program realiti, Gadis Melayu, Nur Aishah Zainal. Ally yang sebelum ini melangsungkan pertunangan dengan Nur Aishah pada awal Februari lalu dikatakan telah putus hubungan selepas Nur Aishah meletakkan status di laman sosial Facebooknya kepada 'i"m Officially Single' baru-baru ini.

Gambar Ally Iskandar Dan Nur Aisyah Sah Baru Putus Tunang!

Media hiburan ada merisik khabar dari teman rapat Nur Aishah, dan katanya, hubungan pertunangan antara Ally Iskandar dan Nur Aishah sememang sudah terlerai akibat daripada kesibukkan kedua-duanya dalam menguruskan kerjaya seharian mereka.

Setakat ini, baik Ally ataupun tunangnya, kedua-dua mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengsahihkan khabar berita ini. -ManggaOnline.

mohdrohaizad.com - Ally Iskandar dan Nur Aisyah memang mengesahkan yang mereka sudah putus tunang disebabkan kesibukan dengan kerja masing-masing. Memang trend artis selebriti putus tunang di laman web sosial sekarang ini. Dengan kata lain untuk mendapat respon yang lebih cepat dan terkini kepada para peminat mereka. Lepas ini kita akan lihat lebih banyak artis memutuskan pertunangan dan perceraian perkahwinan di laman web sosial.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ally Iskandar & Aisyah Sah Putus Tunang By Mohd Rohaizad. Published: 3.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...