CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Alyah Single Lagu Menunggu Cahaya Ciptaan Komposer Julfekar


Alyah Keluar Single Lagu Menunggu Cahaya Ciptaan Komposer Julfekar

Selepas Kisah Hati Alyah diselami dan didengari, kini penyanyi yang punyai vokal mantap itu tidak sabar pula menanti album Menunggu Cahayanya tiba. Ibarat kekasih yang menyulam cinta sehingga mengeluarkan benih penyambung asmara begitu jua yang dialami penyanyi kelahiran Bintang HMI 2000 ini.

Bermula dengan Kisah Hati, kini pemilik nama sebenar (gambar) Noor Hasliah Abu Hassan, 30 tahun, itu mempertaruhkan pula single keduanya yang berjudul Menunggu Cahaya.

“Alhamdulillah selepas Kisah Hati mendapat sambutan dan menduduki carta radio, selepas raya ini single kedua Alyah, Menunggu Cahaya ciptaan Julfekar dan lirik oleh Roslen Fadzil pula bakal dikeluarkan,” katanya.

Tidak terlalu taksub untuk mengeluarkan album dengan segera, Alyah punyai perancangan lain bagi menjadikan lagu-lagunya diterima dan disukai peminat.

Gambar Alyah Seksi Hot Sambut Hari Raya Di Johor
Gambar Alyah Seksi Hot Sambut Hari Raya Di Johor

“Sengaja Alyah keluarkan single demi single dulu supaya peminat sudah biasa mendengar lagu-lagu Alyah dan kebarangkalian untuk mereka membeli album adalah lebih tinggi. Album penuh Alyah nanti akan memuatkan enam lagu. Antaranya ialah Kau Bisa, Realiti Dewi, Kisah Hati, Pesananmu dan Menunggu Cahaya,” kata Alyah merupakan ibu kepada dua orang anak angkat itu.

Bercerita mengenai sambutan Aidilfitrinya tahun ini ternyata Alyah begitu teruja. Selepas beberapa tahun menyambut Syawal pada saat-saat akhir kerana terlibat dengan siaran langsung Sampaikan Salam pada malam raya, tahun ini dia dapat pulang ke kampung ibu bapanya di Gelang Patah, Johor kerana program Sampaikan Salam dibuat secara rakaman.

Alyah Beraya Bersama Anak Angkat

Lantas, Alyah berkesempatan membeli kelengkapan raya buat dirinya dan juga dua orang anak angkatnya iaitu Mohd. Alif, 5 tahun dan Naziatul Afiqah, 3 tahun.

“Afiqah ada baju sama banyak dengan Alyah iaitu lapan pasang. Sengaja Alyah sediakan banyak sebab budak-budak lasak dan akan kerap tukar baju. Untuk Alif pula, Alyah kongsi dengan kakak beli baju untuk dia. Alif memang tinggal dengan kakak Alyah manakala Afiqah tinggal dengan Alyah. Baju lapan pasang Alyah pula bukan sahaja dibeli semata-mata untuk raya tetapi untuk jemputan program atau sesi fotografi,” kata Alyah yang membeli baju raya daripada pereka Zery Zamry dan Rizman Ruzaini itu.

Menyentuh mengenai kenangan rayanya, kata Alyah, dia masih terasa kehilangan arwah ayahnya ketika sambutan raya pada tahun 2000.

Alyah Terkenang Arwah Ayah

Malah, apa yang menyedihkannya apabila Alyah tidak dapat bersama arwah ayahnya pada saat-saat akhir.

“Ayah meninggal dunia semasa umat Islam seminggu beraya pada tahun 2000. Saya sangat sedih sebab masa ayah meninggal saya sudah pulang ke Kuala Lumpur. Ketika itu juga saya menang pertandingan Bintang HMI tahun 2000,” ujar Alyah nada sedih.

Ditanya mengenai pengertian kemerdekaan, bagi Alyah, generasi muda sekarang dan akan datang harus sentiasa ingat perjuangan nenek moyang dalam mencapai kemerdekaan. -Kosmo!

Tengok Video Alyah Seksi Hot Temubual Dalam Lagu Menunggu Cahaya




mohdrohaizad.com - Jangan lupa nantikan single lagu terbaru Alyah iaitu Menunggu Cahaya, ciptaan komposer terkenal Julfekar yang sudah pasti best seperti lagu Kisah Hati.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Alyah Single Lagu Menunggu Cahaya Ciptaan Komposer Julfekar By Mohd Rohaizad. Published: 30.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...