CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Aplikasi 'My Distress' - Isyarat Jenayah Bantuan Polis Kecemasan


Aplikasi 'My Distress' - Hantar Isyarat Jenayah Untuk Bantuan Polis Semasa Kecemasan

Lebih 8,000 orang telah memohon dan mendaftarkan aplikasi isyarat jenayah di telefon pintar, "My Distress" yang dilancarkan Polis Selangor bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bantuan polis semasa kecemasan.

Ketua Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kontinjen Selangor, Deputi Superintinden Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata sambutan menggalakkan yang diterima menunjukkan ramai kagum dengan aplikasi yang dilancarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada Rabu lalu.

Gambar Aplikasi My Distress Malaysia Kegunaan Semasa Kecemasan
 Gambar Aplikasi 'My Distress' Malaysia - Kegunaan Semasa Kecemasan

"Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 8,305 orang, kebanyakannya dari Selangor mendaftar dengan aplikasi 'My Distress'," katanya hari ini.

Melalui aplikasi "My Distress" menerusi telefon pintar, orang ramai boleh menghantar isyarat kecemasan dengan menekan butang ikon pada telefon pintar. Isyarat itu dihantar terus ke Bilik Gerakan di ibu pejabat polis Selangor dan lapan balai polis daerah di negeri itu.

'My Distress' dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS) akan membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat ke lokasi berkenaan.

Mohamed Mokhsein berkata, polis banyak menerima pertanyaan daripada orang ramai di luar Selangor memohon aplikasi itu diperluaskan ke negeri lain.

Beliau berkata, orang ramai perlu berhenti menguji keberkesanan aplikasi berkenaan dengan menghantar isyarat masalah remeh dan sebaliknya menggunakan aplikasi 'My Distress' dengan bijak semasa situasi cemas dan yang mengancam nyawa. - BERNAMA

mohdrohaizad.com - Bagi pengguna-pengguna telefon pintar / smartphone. Anda boleh download aplikasi software 'My Distress' di http;//mydistress.net - Diharap penggunaan application aplikasi 'My Distress' ini dapat membantu anda menghubungi polis segera semasa kecemasan terutamanya berdepan dengan masalah kes jenayah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Aplikasi 'My Distress' - Isyarat Jenayah Bantuan Polis Kecemasan By Mohd Rohaizad. Published: 26.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...