CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Avar Yasavi Bosan Tengok Hero Malaysia Sama


Avar Yasavi Bosan Tengok Hero Malaysia Sama

Pendatang baru Avar Yasavi atau nama sebenarnya (Gambar) Uzzair Ismail, 27 tahun, mengakui terpanggil untuk menceburi bidang lakonan kerana berasa bosan melihat wajah-wajah pelakon hero yang sama saja membintangi kebanyakan drama dan filem tempatan.

"Berdasarkan pemerhatian saya, negara kita memang kekurangan aktor yang berkaliber dan layak bergelar hero. Sebab itu, kita asyik lihat muka-muka yang sama saja dalam drama atau filem tempatan.

"Atas dasar itu, saya mahu menceburi bidang lakonan bagi menawarkan variasi selain dapat memeriahkan lagi dunia lakonan tanah air," kata Avar Yasavi yang ditemui di Menara Star, di sini, baru-baru ini.

Gambar Avar Yasavi atau Uzzair Ismail Mahu Jadi Hero
 Gambar Avar Yasavi atau Uzzair Ismail - Mahu Jadi Hero

Tambah Avar Yasavi yang merupakan bekas aktivis teater di Makam Mahsuri, Langkawi ini, dia menyifatkan lamaran syarikat produksi Elements Pictures Sdn Bhd untuk menggalas watak hero dalam filem terbaru, Putra sebagai satu cabaran yang tidak mampu untuk ditolak.

"Apabila penulis skripnya Dr Abu Hassan yang mewakili Elements Pictures menawarkan peluang untuk menjadi pelakon dan hero filem Putra pada Januari lalu, saya sangat terkejut dan gementar.

"Secara asasnya memang saya ada pengalaman lakonan di pentas teater selama tiga tahun setengah tetapi tidak pernah berlakon dalam drama atau filem.

"Filem dan teater adalah dua medium berbeza namun atas semangat untuk menyahut cabaran dan memeriahkan industri lakonan, saya terima lamaran itu dan mahu menjadi hero pelapis pada masa depan," kata Avar Yasavi yakin mampu menjadi hero Malaysia.

Gambar Avar Yasavi Mahu Jadi Pelapis Pelakon Eman Manan
 Gambar Avar Yasavi Mahu Jadi Pelapis Pelakon Eman Manan

Sebagai persiapan awal sebelum terlibat dengan penggambaran filem arahan Bob Singah itu pada Oktober depan, Avar Yasavi berkata, jadual hariannya kini terisi dengan kelas lakonan dan sesi latihan di gimnasium bagi memantapkan lagi fizikalnya.

"Filem itu genre pertarungan neo epik. Apa yang paling penting adalah imej dan susuk fizikal si hero juga perlu tampak sasa dan tegap. Sebab itu, saya sedang giat membentuk badan di gimnasium.

"Selain itu, saya juga akui tekanan dan tanggungjawab berat yang bakal digalas untuk filem ini.

"Sebagai orang baru pasti saya tidak mahu ambil ringan pada filem pertama yang menjadi kayu ukur hala tuju saya selepas ini," kata Avar Yasavi jejaka berasal dari Alor Setar, Kedah ini. -MStar.

mohdrohaizad.com - Avar Yasavi memang bercita-cita tinggi mahu menggantikan pelakon berkarisma seperti Eman Manan. Disebabkan bosan tengok hero Malaysia yang asyik sama sahaja seolah-olah kekurangan hero membuatkan Avar Yasavi mengambil tindakan sedemikian. Adakah Avar Yasavi akan menjadi pelakon hero Malaysia yang berjaya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Avar Yasavi Bosan Tengok Hero Malaysia Sama By Mohd Rohaizad. Published: 22.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...