CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Bkay Nair Masuk Islam & Kahwin Lelaki Melayu


Bkay Nair Bakal Masuk Islam & Kahwin Lelaki Melayu?

Pelakon Bkay Nair mengaku tertarik dengan lelaki berbangsa Melayu untuk dijadikan teman istimewanya. Tambah Bkay, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki Melayu jika itu yang ditakdirkan Tuhan.

"Sejak zaman persekolahan lagi kekasih saya lelaki Melayu. Bagi saya kebanyakan lelaki Melayu lebih mengambil berat dan romantik berbanding bangsa lain.

"Bukan kekasih sahaja, malah kawan-kawan saya sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah semuanya Melayu," kata Bkay Nair ketika ditemui pada majlis memperkenalkan pelakon-pelakon filem Scandal, di sini, Rabu.

Bkay Nair Gadis Malailee

Ketika ditanya tentang penerimaan keluarga, gadis berketurunan Malailee ini berkata keluarganya sentiasa bersikap terbuka mengenai teman lelaki pilihannya.

"Dalam keluarga saya ramai yang berkahwin campur, malah dua orang pakcik saya sudah memeluk agama Islam. Tapi setakat ini saya tidak pernah pula berbincang tentang isu itu dengan keluarga," kata Bkay Nair.

Gambar Bkay Nair Seksi Hot - Bakal Masuk Islam dan Nikah Jejaka Melayu
 Gambar Bkay Nair Seksi Hot Bakal Masuk Islam dan Nikah Jejaka Melayu

Selain itu, Bkay Nair turut mengakui sering mendapat tawaran memegang watak wanita berbangsa Melayu dalam beberapa drama tempatan.

"Saya selesa bawa watak wanita Melayu, lagi pun jika di luar orang ramai menyangka saya anak mami dan bertutur menggunakan bahasa Melayu.

"Saya tidak kisah malah selesa jika mereka beri watak wanita Melayu kerana unsur Melayu banyak dalam diri saya," katanya yang turut menyambut Hari Raya di kampung halaman Bkay Nair di Johor Baru dan Pulau Pinang.

Filem Scandal Malaysia Arahan Din CJ

Bercerita tentang filem Scandal, Bkay Nair berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memegang watak utama, namun berharap melalui filem tersebut mampu menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon.

"Sembilan calon di sini masing-masing berharap untuk mendapat watak utama tapi kita berserah dengan keputusan daripada pengarah yang menilai," kata Bkay Nair.

Filem Scandal arahan Din CJ yang mengisahkan tentang kehidupan pramugari akan memulakan penggambaran pada September depan di beberapa buah lokasi seperti Paris, dan Dubai. -MStar.

mohdrohaizad.com - Adakah Bkay Nair bakal masuk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu? Sama-sama kita nantikan jika ada khabar baik tersebut mengenai Bkay Nair.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Bkay Nair Masuk Islam & Kahwin Lelaki Melayu By Mohd Rohaizad. Published: 25.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...