CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Buku Selamat Jalan Dunia Pondan - Azwan Ali


Buku Selamat Jalan Dunia Pondan Sudah Siap Oleh Azwan Ali

Setelah setahun menanti, akhirnya buku luahan rasa tentang perjalanan hidup selebriti dan peguam kontroversi bernama Azwan Ali selama lebih 21 tahun bakal mencari peminatnya minggu depan.

Buku berjudul Selamat Jalan Dunia ... yang diterbitkan dan diedarkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd itu dianggap Azwan Ali cukup bererti, sebagai menceritakan rentetan perjalanan hidupnya yang dilimpahi pelbagai onak dan duri selama di cop sebagai selebriti pondan.

"Inilah buku yang menceritakan kehidupan saya sebagai selebriti yang telah dicap sebagai pondan. Kebetulan pula, kehidupan saya diwarnai oleh dunia pondan dan oleh kerana itu saya terasa sangat bersyukur.

"Bukan itu sahaja, saya juga dilihat sebagai Raja Kontroversi dan insan yang sering dikaitkan dengan segala huru-hara. Inilah peluang saya untuk berkongsi pengalaman bersama peminat dan hanya melalui buku ini saja mereka akan dapat membacanya secara eksklusif," kata Azwan Ali.

Harga Buku Selamat Jalan Dunia Azwan Ali

Azwan Ali berkata, sebagai permulaan, buku setebal 176 halaman dan berharga RM21.90 itu telah diterbitkan sebanyak 5.000 salinan dan terdapat di semua kedai buku terkemuka di seluruh negara bermula minggu depan.

Namun jelasnya, satu sesi khas untuk bertemu Azwan Ali dan mendapatkan buku tersebut yang mempunyai tanda tangan akan diadakan di restoran Starbucks, Ampang pada 19 Ogos ini (Jumaat) iaitu dua hari sebelum dia berangkat ke menunaikan Umrah di tanah suci Makkah.

Gambar Buku Selamat Jalan Dunia Pondan Oleh Penulis Azwan Ali
Gambar Buku Selamat Jalan Dunia Pondan Oleh Penulis Azwan Ali

"Setahun menunggu kelahiran buku bukanlah sesuatu yang mudah buat saya. Saya hampir kecewa kerana beranggapan buku ini hampir tidak menjadi kenyataan.

"Saya tidak menyalahkan pihak penerbitan kerana mengambil masa terlalu lama untuk menerbitkan buku ini kerana dalam tempoh itu sebanyak tiga kali manuskrip asalnya telah diubah dan ia juga telah melalui proses editing yang terlalu banyak untuk mencegah cerita mahupun topik yang sangat berbahaya.

"Walaupun begitu, saya pasrah. Kerana saya faham buku itu nanti akan dibaca oleh masyarakat dan dari sudut itu saya sedar dan belajar banyak dengan pihak penerbitan untuk menjaga sensitiviti masyarakat di negara ini," katanya.

Azwan Ali Kini Bukan Lagi Pondan

Bercerita tentang isu perubahan, Azwan Ali gembira ketika topik tulisannya yang menyentuh tentang tiga selebriti popular yang nama mereka bermula dari Siti telah berjaya menembusi proses editing.

Tiga Siti yang dimaksudkan Azwan Ali, iaitu Siti Roziana Band (Peterpan), Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff (Fauziah Latiff) dan Situ Nurhaliza Taruddin (Siti Nurhaliza) merupakan tiga individivu yang telah memberi implikasi besar dalam hidupnya.

"Walaupun isu tiga Siti ini sudah lama berlalu tapi buku ini saya cuba mengungkapkan perasaan saya terhadap mereka. Saya telah ditohmah dan dikeji kerana cinta saya ditolak oleh mereka bertiga dan dari situlah petualangan saya sebagai selebriti pondan bermula.

"Kepada tiga Siti yang dimaksudkan, saya mohon maaf jika mereka masih tersinggung dengan apa yang ditulis dalam buku ini. Insya Allah saya akan berikan buku ini secara percuma kepada mereka dengan tangan saya sendiri," katanya.

Kisah Kehidupan Pondan Azwan Ali 

Mengulas tentang topik pondan yang ditulisnya dalam buku ini, Azwan Ali berkata ia bersifat menyeluruh, apalagi kehidupannya sebagai selebriti terkenal sering dikelilingi oleh individu berjiwa pondan.

"Terus terang saya katakan di Malaysia memang ada banyak keperibadian TV lelaki yang keliru, tetapi banyak yang hipokrit atau takut dengan bayang-bayang mereka sendiri, tapi tidak buat Azwan Ali. Inilah juga antara isu yang ada dalam buku ini.

"Ia bukanlah buku yang ditulis saya secara syok sendiri mahupun cerita kosong. Kerana saya juga membuat kajian dengan beberapa buku agama untuk dikaitkan dalam buku ini.

"Ia pada kehidupan saya, pada luahan rasa hati dan saya yakin, ada mesej yang baik dalam buku ini. Baca dan ambillah iktibar untuk kita semua" katanya tersenyum. -Murai Online.


Tengok Video Azwan Ali Beraksi Pondan Melatah Bersama Peminatnya.




mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Azwan Ali yang berjaya juga akhirnya dalam menyiapkan karya buku kisah hidup artis yang bergelumang dalam dunia pondan. Tahniah juga sebab Azwan Ali sudah berubah dan bukan lagi pondan sepenuhnya! Dapatkan buku Selamat Jalan Dunia dipasaran kepada para peminat Azwan Ali!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Buku Selamat Jalan Dunia Pondan - Azwan Ali By Mohd Rohaizad. Published: 17.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...