CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Chef Wan Tidak Restu Nazri & Ana Dahlia Bernikah


Betul Ke Chef Wan Tidak Restu Nazri & Ana Dahlia Bernikah?

Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menasihati anaknya Mohd. Nadzri, 30 tahun, agar mengenali pasangannya dengan lebih mendalam sebelum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga.

Chef Wan berkata, untuk menikahi seseorang bukan seperti menukar baju, sebaliknya anaknya itu perlu mengenali hati budi seseorang wanita terlebih dahulu.

"Sebagai ayah saya hanya boleh menasihati dia agar memilih pasangan yang tepat untuk masa depan rumah tangganya dan tidak tergopoh gapah untuk berkahwin semata-mata mengikut kehendak hati," katanya kepada mStar Online melalui Perkhidmatan Mesej Ringkas (SMS) dari New Zealand, di sini, selasa.

Gambar Chef Wan Tidak Restu Nazri dan Ana Dahlia Bernikah
Gambar Chef Wan Tidak Restu Nazri & Ana Dahlia Bernikah?

Chef Wan di negara itu sebagai duta makanan mewakili Malaysia di Wellington pada Plate Food Festival, Auckland.

Ia diminta berkomentar tentang pengakuan Nadzri atau Chef Riz yang mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon Ana Dahlia.

Riz juga mengatakan dia sedang memikirkan untuk menjalin hubungan yang lebih serius termasuk soal berumah tangga.

Gambar Chef Riz dan Ana Dahlia Nekad Bernikah
Gambar Chef Riz dan Ana Dahlia Nekad Bernikah?

Chef Wan memberitahu Riz perlu mengambil masa untuk mengenal diri Ana Dahlia sepenuhnya termasuk keluarga pelakon wanita itu.

"Saya nasihat agar mereka tidak terburu-buru (untuk berkahwin) dan perlu mengambil masa untuk mengenal hati budi dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Cari pasangan tidak hanya memandang kepada paras rupa tetapi juga hati budi seseorang yang akan kekal selamanya," jelasnya. -Mstar.

Tengok Video Chef Riz Redzuawan Yang Mewarisi Kerjaya Ayahnya Chef Wan.




mohdrohaizad.com - Ternyata Chef Wan seolah-olah seperti tidak merestui dan menasihati anaknya Nazri agar berfikir kembali sebelum nekad untuk terus bernikah dengan Ana Dahlia. Tentu ada sebab kenapa Chef Wan mengeluarkan kenyataan tersebut. Adakah kisah tersirat yang Nazri tidak tahu tentang Ana Dahlia?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Chef Wan Tidak Restu Nazri & Ana Dahlia Bernikah By Mohd Rohaizad. Published: 17.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...