CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

David Teo Bina Studio Filem Di Cyberjaya Lawan KRU Studios


David Teo Bina Studio Filem Di Cyberjaya Lawan KRU Studios

Penerbit filem dan drama, David Teo mengakui desas-desus yang mengatakan dia telah membeli sebidang tanah di Cyberjaya bagi tujuan pembinaan sebuah studio filem yang akan dilakukan pada tahun depan.

Bagaimanapun, David Teo yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) enggan mengulas lanjut perkara itu kerana segala urusan yang berkaitan masih berada pada peringkat awal.

David Teo Beli Tanah Di Cyberjaya Untuk Bina Studios Filem Terbesar Malaysia

"Saya tidak menafikan sudah membeli sebidang tanah di Cyberjaya yang bernilai puluhan juta ringgit untuk perancangan membina sebuah studio filem sendiri.

"Bagaimanapun, semuanya masih terlalu awal dan belum ada apa-apa keputusan lagi tentang projek itu buat masa ini.

"Yang baru selesai hanya pembelian tanah tetapi urusan lain yang membabitkan pihak-pihak lain masih dalam perbincangan," kata David Teo yang dihubungi media hiburan, Khamis.

Gambar David Teo Bina Studio Filem Di Cyberjaya Lawan KRU Studios
 Gambar David Teo Bina Studio Filem Di Cyberjaya Lawan KRU Studios

Tambah David Teo lagi, memandangkan segalanya masih terlalu awal, dia belum mendapat gambaran khusus dan belum bersedia untuk berkongsi dengan terperinci akan butiran projek itu kepada umum.

"Saya cuma baru beli tanah dan belum ada idea atau gambaran yang lebih terperinci tentang dakwaan untuk membina studio filem itu.

"Bukan tidak mahu berkongsi tetapi masih terlalu awal. Saya mohon diberikan sedikit masa untuk uruskan beberapa perkara dulu sebelum menghebahkan perancangan ini kepada umum," kata David Teo.

Metrowealth International Group Lawan KRU Studios

Ditanya adakah keputusan untuk membeli tanah dan membina studio filem di Cyberjaya bertujuan untuk menyaingi operasi KRU Studios milik adik-beradik KRU, David berkata, sebagai usahawan pembinaan studio itu adalah untuk perkembangan perniagaannya dan bukan untuk menyaingi KRU.

"Saya beli tanah itu untuk kemajuan perniagaan filem saya. Ia sama sekali tidak berniat untuk bersaing atau cuba mengatasi operasi KRU Studios atau sesiapa pun.

"Sebagai orang berniaga, saya buat perancangan ini untuk perkembangan perniagaan sendiri," kata David Teo akhiri temubual. -MStar.

Tengok Video Youtube David Teo Berpantun Dalam Program Raja Lawak.




mohdrohaizad.com - Nampaknya Malaysia akan mempunyai satu lagu studio yang bakal menyaingi KRU Studios. Pasti gempak kan? David Teo melalui syarikatnya Metrowealth International Group (MIG) akan membina studio filem terbesar di Cyberjaya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

David Teo Bina Studio Filem Di Cyberjaya Lawan KRU Studios By Mohd Rohaizad. Published: 26.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...