CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Eizlan Yusof Galak Anaknya Vie Zaara Berlakon


Eizlan Yusof Galak Anaknya Vie Zaara Berlakon

Ramai selebriti enggan mendedahkan anak-anak mereka kepada dunia seni semasa masih kecil. Mereka lebih cenderung menjauhkan mereka kerana mahu melihat anak-anak membesar sebagaimana kanak-kanak biasa.

Tapi lain halnya dengan pelakon Eizlan Yusof yang tidak menganggapnya sebagai satu masalah. Anaknya, Vie Zaara Yusof, 3 tahun,  sudah mula terlibat dalam dunia peragaan. Bukan meminta-minta peluang sebaliknya ada agensi yang berminat dan meminta anaknya untuk menjalani uji bakat.

Gambar Eizlan Yusof Galak Anaknya Vie Zaara Berlakon
Gambar Eizlan Yusof Galak Anaknya Vie Zaara Berlakon

Eizlan Yusof Utamakan Keluarga

"Saya lihat dia boleh memberi kerjasama dan tidak malu-malu untuk beraksi depan kamera, jadi kami menggalakkannya.

"Lagi pun ibunya memang tak bekerja jadi boleh menguruskan Vie Zaara di lokasi penggambaran itu.

"Agensi itu adalah agensi yang sama mengundang saya dan isteri berlakon dulu. Saya dah tahu cara kerja mereka, jadi bila mereka minta, saya tak fikir panjang" kata Eizlan Yusof.

Eizlan Yusof masih ligat berlakon dan menguruskan perniagaan berkaitan arang batu di luar negara melalui syarikatnya Blackstone Dagangan.

Urusan itu memerlukan Eizlan Yusof kerap berulangalik ke Kalimantan, Indonesia kalau ada urusan di sana.

"Sekarang keluarga semakin besar jadi kena kerja kuatlah," kata Eizlan Yusof kepada media hiburan. Seorang lagi anaknya, Zareef Yusof baru berusia setahun.

Gambar Eizlan Yusof Isterinya Vie Shanty dan Anaknya Sekeluarga
Gambar Eizlan Yusof, Isterinya Vie Shanty & Anaknya Sekeluarga

Eizlan Yusof Sambut Raya Di KL dan Sabah

Sebagaimana tahun-tahun lalu, Eizlan akan berhari raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu. Pada hari raya kedua barulah dia sekeluarga ke Sabah untuk berhari raya di rumah keluarga isterinya,  Vie Shanty.

"Hari raya ini kita lebih utamakan anak-anaklah. Sebagai bapa, saya mahu memenuhi keperluan anak-anak," jelasnya lagi. -ManggaOnline.

Tengok Video Eizlan Yusof Berlakon Di Youtube.



mohdrohaizad.com - Vie Zaara masih lagi kecil tetapi Eizlan Yusof mengambil tindakan untuk mengasah bakat anaknya untuk mula berlakon.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Eizlan Yusof Galak Anaknya Vie Zaara Berlakon By Mohd Rohaizad. Published: 25.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...