CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Faezah Elai Perampas Heykal Hanafiah? Perosak Rumahtangga?


Faezah Elai Perampas Heykal Hanafiah? Betul Ke Faezah Elai Perosak Rumahtangga?

Mau melupakan segala kontroversi yang pernah menjerat dirinya, kini pelakon yang sedang meningkat popular, Faezah Elai mengakui bakal mendirikan rumahtangga bersama pengarah berstatus duda yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan iaitu Heykal Hanafiah pada 9 September 2011 ini.

Jelas Faezah Elai, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa pada awalnya dia enggan mendedahkan lelaki yang telah berjaya bertakhta di hatinya.

Faezah Elai Pernah Nafi Hubungan Cinta Dengan Heykal Hanafiah

"Memang sebelum ini, saya pernah nafikan dia bakal jadi pasangan hidup saya. Tapi, semua itu saya lakukan kerana mahu menjaga hati bakal mertua saya. Bakal mertua saya sendiri yang telah meminta saya untuk merahsiakan dulu siapa pilihan hati saya sampai kad kahwin sudah siap.

"Kata bakal mertua saya, biarlah saya seorang saja yang glamor dan biarlah saya mengeluarkan kenyataan setelah sudah ada lampu hijau," katanya kepada murai.com.my sambil memberi penjelasan mengapa sebelum ini dia sering berteka-teki tentang calon suaminya itu kepada umum.

Gambar Faezah Elai Seksi Hot
Gambar Faezah Elai Seksi Hot Perampas Heykal Hanafiah? Betul Ke Faezah Elai Perosak Rumahtangga?

Bakal melangsungkan perkahwinan di kampung halamannya Kuala Lumpur, Faezah Elai memberitahu, resepsi pernikahannya pula akan diadakan pada akhir tahun ini di lokasi yang sama.

Tidak kisah dengan tanggapan dan cemuhan masyarakat terhadapnya kerana sebelum ini dia dengan keras telah menolak mempunyai hubungan atau penyebab kepada keruntuhan rumahtangga Heykal, jelas wanita berusia 29 tahun lagi, memang bukanlah dia penyebab keretakan mahligai bakal suaminya itu. Malah jauh sekali untuk menjadi perampas.

Faezah Elai Nafi Jadi Perampas Heykal Hanafiah

"Saya bukan perampas dan penyebab mereka bercerai. Hanya saya dan dia saja tahu penyebab dan puncanya. Bahkan, kami mulai rapat selepas dia bercerai dan bibit cinta itu sendiri timbul apabila kami sering berbincang tentang kontroversi atau tuduhan yang dilemparkan kepada saya," katanya lagi.

Ditanya tentang persiapan pernikahannya, Faezah berkata lagi, dia akan menyerahkan segalanya kepada keluarga kerana sibuk di lokasi syuting. Doanya agar acara pernikahannya kelak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. -Murai.


Tengok Video Faezah Elai Seksi Hot Cun Dari Baby Sampai Besar.




mohdrohaizad.com - Apa-apapun penulis dan para peminat mendoakan yang Faezah Elai dan Heykal Hanafiah bahagia dan berakhir dengan majlis pernikahan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Faezah Elai Perampas Heykal Hanafiah? Perosak Rumahtangga? By Mohd Rohaizad. Published: 14.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...