CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Fasha Sandha Seksi Hot Sambut Hari Raya Di Perlis


Fasha Sandha Seksi Hot Sambut Hari Raya Di Perlis

Kemeriahan lebaran turut dinanti-nantikan oleh aktres jelita Fasha Sandha. Setiap tahun destinasi wajib Fasha Sandha apabila tibanya lebaran ialah kampung sebelah ibunya di Perlis. Berkumpul bersama keluarga besarnya merupakan agenda paling utama memandangkan jadual kerjanya yang sibuk.

“Memang setiap tahun bila raya, kampung di Perlis menjadi lokasi utama dan wajib kami sekeluarga. Seronok sangat beraya di sana kerana selain nenek, saudara-mara yang jarang jumpa akan turut berkumpul,” ujar Fasha Sandha anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Fasha Sandha, 27 tahun, yang menggemari kuih batang buruk, nasi tomato dan laksa Pulau Pinang pada hari lebaran memberitahu, tahun ini Fasha Sandha mula bercuti dua hari sebelum raya dan membantu membuat persiapan lebaran bersama keluarga.

Gambar Fasha Sandha Seksi Hot Sambut Hari Raya Di Perlis
Gambar Fasha Sandha Seksi Hot Sambut Hari Raya Di Perlis

“Biasanya ibu nak mak cik-mak cik yang masak, saya tolong potong-potong dan tolong makan-makan (ketawa). Tahun ini sama seperti tahun sebelum ini, saya dan keluarga menyambut lebaran secara sederhana. Saya pun hanya ada sepasang baju raya yang ditempah,” ujar Fasha Sandha.

Bagamanapun, disebabkan tuntutan kerja, pada hari raya ketiga, Fasha Sandha sudah berada di Kuala Lumpur untuk menyambung penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Elysa, lakonannya di samping aktor Johan Ariff As'ari yang popular menerusi drama Juvana.

“Saya tidak sempat untuk bercuti panjang kerana kerja, selalunya kami sekeluarga akan pergi bercuti sekali. Tetapi penggambaran harus berjalan mengikut jadual kerana drama ini akan bertemu penonton pada pertengahan September nanti,” tutur Fasha Sandha yang turut berlakon dalam drama raya berjudul Kupetik Dosa.

Chinta Hair Salon Milik Fasha Sandha

Bercakap mengenai rumah terbuka, kata Fasha Sandha, rumah keluarganya di Perlis sentiasa terbuka untuk semua orang pada hari raya pertama dan sekembalinya ke Kuala Lumpur, dia merancang untuk mengadakan rumah terbuka di salon miliknya, Chinta Hair Salon.

“Saya memang merancang nak buat rumah terbuka di salon cuma tarikhnya belum dapat dipastikan. Tujuan saya buat rumah terbuka adalah untuk meraikan pelanggan salon saya dan juga peminat yang tidak henti memberikan sokongan kepada saya,” kata Fasha Sandha yang mempunyai impian untuk menambah cawangan salon miliknya itu.

Fasha Sandha Sambut Hari Kemerdekaan Malaysia

Tambah Fasha Sandha, lebaran kali ini sungguh unik kerana disambut bersama Hari Kemerdekaan negara yang ke-54. Sebagai anak Malaysia, dia sungguh bangga dan bertuah dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni.

“Kemerdekaan membawa pengertian yang cukup besar bagi saya kerana ada negara yang tidak menggalakkan rakyatnya berkarya dalam bidang seni terutamanya wanita. Jadi saya bersyukur sangat kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan stabil. 

“Saya bebas berjalan dan pergi ke mana sahaja saya suka tanpa sebarang sekatan dan bantahan. Saya juga kibarkan Jalur Gemilang di salon saya supaya pelanggan yang datang dapat merasai debaran merdeka itu," kata Fasha Sandha yang kerap menyambut kemerderkaan negara di set penggambaran bersama kru produksi. -Kosmo.

Lihat Video Fasha Sandha Sexy Hot Panas Memberi Tips Kecantikan




mohdrohaizad.com - Nampaknya aura Fasha Sandha dalam isu kontroversi di Bali Indonesia dan gosip skandalnya semakin reda. Semoga hari raya Aidilfitri tahun ini memberikan satu perubahan kepada Fasha Sandha yang femes dengan gaya seksi hot di dalam lakonan dan realiti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Fasha Sandha Seksi Hot Sambut Hari Raya Di Perlis By Mohd Rohaizad. Published: 30.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...