CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Geisha Melayu Terakhir - Tiz Zaqyah & Scha Al Yahya


Filem Geisha Melayu Terakhir - Tiz Zaqyah & Scha Al Yahya

Entah kenapa nama Tiz Zaqyah tiba-tiba lenyap usai episod Nur Kasih dizahirkan dalam pelbagai bentuk. Tiz Zaqyah meninggalkan kesan dan impak yang mendalam sebagai Nur Amina di hati marhaen. Tiz bukan sahaja ‘hilang’ di mata khalayak tetapi dia juga membisu di laman sosial Twitter yang pada satu menjadi lamannya bersembang satu ketika dahulu.

Bak pepatah orang tua, diam ubi berisi, rupanya senyap yang dirasakan khalayak dek merindui kelibat Tiz Zaqyah diisi dengan perjuangan seninya. Rindu yang menggunung melihat aksi wanita kecil molek ini berkeletah di kaca televisyen bakal diubati dengan beberapa produk penglibatannya yang akan ditayangkan di kaca televisyen sempena Syawal ini.

Sinopsis Filem Geisha Melayu Terakhir

Tiz Zaqyah bakal bersatu dengan Scha Al Yahya dan Fir AF dalam telemovie, gandingan tiga jelitawan ini akan muncul dalam telefilem Geisha Melayu Terakhir yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria (104).

Telefilem Geisha Melayu Terakhir arahan Michael Ang bakal ditayangkan pada 3 September pada pukul 9 malam dan naskhah Nazri M. Annuar ini bakal menyerlahkan sisi lain Tiz.

Membawakan watak antagonis bernama Ai Ling, Tiz menganggap pengalaman lakonan kali ini cukup menyeronokkan kerana dia mampu mengeluarkan kemampuan untuk membawakan aura jahat dalam karakternya yang ternyata sangat kontras dengan pebawaan introduksi bernama Nur Amina.

“Watak perempuan Cina dalam telefilem ini boleh dianggap yang pertama menampilkan sisi jahat saya. Ai Ling memerlukan saya menyandang peranan pengurus serta melatih pelayan (geisha),” ujar Tiz Zaqyah yang kini sibuk dengan penggambaran drama Soffiya.

Gambar Tiz Zaqyah Dalam Filem Geisha Melayu Terakhir
 Gambar Tiz Zaqyah Dalam Filem Geisha Melayu Terakhir

Begitu juga untuk mengimbau kembali ingatan dan momen emas khalayak bersama Nur Amina, filem Nur Kasih The Movie akan ditayangkan pada pukul 9 malam pada raya pertama di TV3.

Tidak hanya muncul beralaskan nama Nur Amina, Tiz Zaqyah turut bereksplorasi dalam genre ’dramedy’ yang berjudul Dari Kedah Ke KL yang bakal disiarkan pada Selasa ini pada pukul 10 pagi di TV3.

Dalam siri tersebut, pemegang nama (Gambar) Siti Zaqyah Abdul Razak ini bakal bergandingan bersama Jep Sepah, Achong, Kazar dan adik Mia Sara.

Menyentuh tentang momen dan suasana Aidilfitri, anak bongsu yang digelar Tizzy di rumah ini bakal meneruskan rutinnya beraya di kota.

Bukannya tidak pernah menyambut raya di kampung tetapi sudah lama kakinya tidak menjejak kampung dek kerana ramai saudara-maranya berada di Kuala Lumpur.

“Ayah berasal dari Singapura tetapi berhijrah ke Negeri Sembilan. Ibu pula berasal dari Pahang tetapi berhijrah ke Melaka tetapi kami beraya di Subang,” ujar Tiz Zaqyah yang menganggap momen bermaaf-maafan di pagi raya adalah saat paling penting dan cukup menyentuh emosinya. -Kosmo!


Tengok Video Youtube Filem Geisha Melayu Terakhir





mohdrohaizad.com - Jangan lupa saksikan Tiz Zaqyah dan Scha Al Yahya dalam filem Geisha Melayu Terakhir pada pukul  9 malam 3 September ini di Astro Ria (104).

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Geisha Melayu Terakhir - Tiz Zaqyah & Scha Al Yahya By Mohd Rohaizad. Published: 28.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...