CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Scandal Adaptasi Novel Richie Rachman


Filem Scandal Adaptasi Novel Richie Rachman

Syarikat produksi Manja Citra Sdn Bhd memperkenalkan sembilan pelakon yang bakal membintangi filem berjudul Scandal di bawah arahan pengarah Nordin Wahab atau lebih dikenali sebagai Din CJ.

Filem pertama syarikat produksi tersebut mengetengahkan muka-muka melalui satu uji bakat yang dilakukan sekitar lembah Klang pada Mei lalu.

Menurut Din CJ, tiga orang daripada kesembilan calon tersebut akan dipilih untuk memegang watak utama dalam filem berkenaan.

"Daripada sembilan pelakon yang dipilih, tiga orang akan memainkan watak utama. Mereka akan dinilai melalui bakat, disiplin dan aura yang ada berdasarkan kepada penilaian beberapa guru dan pelakon senior seperti Fauziah Nawi, Ainina Ahmad B dan Datuk Ramli MS," katanya pada majlis berbuka puasa memperkenalkan sembilan pelakon filem Scandal, di sini, Rabu.

Gambar Barisan Pelakon Filem Scandal Adaptasi Novel Richie Rachman
 Gambar Barisan Pelakon Filem Scandal Adaptasi Novel Richie Rachman

Tambahnya, filem yang pada asalnya diadaptasi daripada sebuah novel berjudul “Skandal” karya Richie Rachman itu telah diubahsuai serta menukar kesemua watak-wataknya. Malah, nama Skandal juga turut ditukar kepada Scandal atas sebab-sebab tertentu.

"Pada awalnya kami memilih untuk mengadaptasi novel popular Skandal terbitan Alaf 21 yang ditulis oleh Richie Rachman, namun ada beberapa masalah dengan syarikat percetakan tersebut.

"Disebabkan itu kami menukar jalan cerita dan tajuk filem ini kepada Scandal, namun masih menggunakan khidmat Richie Rachman yang menghasilkan sebagai idea asal," katanya.

Novel Scandal Richie Rachman


Sinopsis Novel Scandal Richie Rachman

Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang gadis yang bekerja sebagai pramugari. Mereka hidup dalam dunia yang penuh keseronokan, kemewahan sehingga menjadikan mereka lupa daratan.

"Kami ingin mengetengahkan nilai moral yang baik di sebalik kelakuan-kelakuan buruk mereka, namun kami tidak berniat untuk menyindir tugas sebagai pramugari.

"Kami akan ke beberapa buah negara seperti Paris, Dubai dan Korea untuk penggambaran yang akan bermula bulan September depan," tuturnya.

Selain itu, beberapa nama besar seperti Erra Fazira, Nasha Aziz dan Usop Wilcha turut membintangi filem yang dijangka akan ditayangkan tahun depan. -MStar.

Baca Novel Scandal Richie Rachman Secara Online.





mohdrohaizad.com - Jika anda berminat untuk mengetahui keseluruhan novel Scandal karya novelis Richie Rachman, maka jangan lupa membeli Novel Scandal di pasaran keluaran Alaf 21.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Scandal Adaptasi Novel Richie Rachman By Mohd Rohaizad. Published: 25.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...