CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Fiza Elite Ingin Insaf & Bertudung Sepenuhnya


Fiza Elite Ingin Insaf & Bertudung Sepenuhnya

Pelakon Fiza Halim atau Fiza Elite tidak pernah sunyi dengan cerita kontroversi. Kisah rumah tangga percintaan serta imejnya yang seksi sering jadi perbualan.

Kini pada usia yang baru mencecah 30 tahun pada 18 Ogos lalu, Fiza Elite berasakan dirinya mahu berubah. Malah dia juga sudah terfikir untuk menukar imej kepada wanita bertudung. Fiza Elite menunggu serunya betul-betul sampai untuk menukar imej.

Gambar Fiza Elite utamakan anak-anak
Gambar Fiza Elite Bersama Anaknya Ferra Aryanna, 4 tahun,  dan Feeya Adyria, 3 tahun.

"Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja.  Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita berubah dalaman juga.

"Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?... tapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung... itulah dia," kata Fiza Elite pasal perasaan dalam dirinya sekarang.

Fiza Elite tidak melalui apa-apa perkara pelik atau sesuatu yang menggerakkannya, sebaliknya ia datang dengan sendiri. Apatah lagi cabaran membesarkan anak sendirian, serta hubungannya dengan lelaki yang tidak menjadi.

"Secara tiba-tiba sahaja ia datang. Saya ada tanya kepada kawan-kawan pasal perasaan saya. Ada yang menyokong dan ada yang meminta saya bersabar kerana takut ia bukan datang dari dalam hati saya secara ikhlas.

"Saya tak tahu pasal apa... tapi sejak memikirkan mahu berubah, saya sudah memberikan baju-baju lama yang seksi kepada orang lain. Kalau membeli baju baru, saya pilih yang longgar. Saya fikir juga apa yang membuatkan saya jadi macam ini.

Gambar Fiza Elite Seksi Hot Bersama Anaknya
Gambar Fiza Elite Seksi Hot Bersama Anaknya

Fiza Elite Masih mahu berlakon walaupun selepas bertudung.

"Saya teringat kata-kata saya sendiri yang pernah cakap kepada bekas suami untuk bertudung bila usia dan mencecah 30 tahun. Saya cakap kepada dia sejak lama dulu semasa saya berehat daripada berlakon. Agaknya kerana itulah saya mula terfikir pasalnya bila benar-benar dah masuk usia 30 tahun ini.

"Lagi satu, saya pernah melihat seorang kenalan yang melalui kesukaran selepas meninggal dunia. Arwah meninggal ketika memakai  pewarna di kuku. Bila dia meninggal, pewarna itu payah ditanggalkan membuatkan urusan kematiannya menjadi lambat.

"Saya terkenang-kenanag juga pasal perkara itu dan insaf apabila melihat keadaan jenazah," kata Fiza Elite lagi.

Fiza Elite juga tidak ghairah mencari peluang berlakon sehingga menjadikannya seorang ibu yang sibuk. Dia hanya berlakon sekadar memenuhi keperluan hidupnya dan anak-anak sahaja. Anak-anak menjadi keutamaannya sekarang.

"Kalau saya tiba-tiba nak bertudung, saya tak akan menjejaskan mana-mana pihak sebab saya tak banyak komitmen dengan produksi," kata Fiza Elite lagi.

Gambar Fiza Elite Janda Meletup Malaysia Mencari Jodoh Sesuai
Gambar Fiza Elite Janda Meletup Malaysia Mencari Jodoh Sesuai

Fiza Elite Teliti Mencari Bakal Suaminya

Fiza Elite sekarang selesa bersendirian membesarkan anak-anaknya Ferra Aryanna, 4 tahun,  dan Feeya Adyria, 3 tahun. Bukan tak ada lelaki yang mendekati, tetapi hatinya belum terbuka sebab nampak kekurangan yang ada dalam lelaki yang didampinginya.

"Bukannya nak membandingkan, tapi saya akui payah nak jumpa lelaki macam bekas suami saya. Saya akui ada salah daripada saya sendiri. Semasa ada, saya buat kesilapan sehingga jadi macam ini (bercerai).

"Saya tak tahulah... bila dah lama berkawan akhirnya saya rasa saya tak boleh nak teruskan untuk tinggal bersama, sebab itu banyak tak menjadi," kata Fiza Elite lagi.

Fiza Elite masih berkawan dengan bekas suami dan keluarganya. Malah pada hari raya nanti, dia dan anak-anak akan beraya di rumah bekas mertua dahulu sebelum balik beraya di rumah keluarganya di Pulau Pinang. -ManggaOnline.

Lihat Video Fiza Elite Janda Meletup Malaysia Dalam Lagu Tamparan Wanita.




mohdrohaizad.com - Fiza Elite sering berfikir untuk insaf dan bertudung sepenuhnya. Namun banyak yang difikirkannya sebelum tindakan nekad diambil. Bila Fiza Elite akan menerima hidayah untuk berubah ya? Sudah tentu Fiza Elite perlu mencari suami yang dapat membimbingnya terlebih dahulu sebelum menutup aurat seluruh badan Fiza Elite.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Fiza Elite Ingin Insaf & Bertudung Sepenuhnya By Mohd Rohaizad. Published: 24.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...