CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hardy Hartono Menjadi Tumpuan Peminat Wanita Malaysia


Hardy Hartono Menjadi Tumpuan Peminat Wanita Malaysia

Pastinya nama Hardy Hartono bukan satu nama yang asing lagi buat peminat-peminat drama melayu Malaysia, lantaran pelakon kacak bersala dari Indonesia ini sudah sering menghiasi layar televisyen melalui lakonannya di dalam drama bercorak ketuhanan, Kitab Cinta yang disiarkan di TV Al Hijrah.

Bergandingan dengan pelakon jelita Malaysia, Fazura, aura Hardy Hartono ini mampu membuat peminat-peminatnya tidak tidur malam lantaran sikapnya yang begitu cantik dan indah yang ditonjolkan melalui watak Wali dalam drama itu.

Hardy hartono hadir ke Malaysia untuk menghadiri sesi sidang media pelancaran program-program raya, stesen tv Al Hijrah, Hardy hartono menceritakan sisi sebenar dirinya diluar watak yang dilakonkan itu.

Gambar Hardy Hartono Kacak Hot
Gambar Hardy Hartono Kacak Hot

Hardy Hartono bergandingan dengan Fazura dalam kitab cinta

"Jika Wali orangnya pendiam dan pemalu, ia serupa sahaja dengan diri saya. Wali digambarkan orangnya lebih bergaya dan berpegang pada ajaran islam yang kuat serta tidak nakal, dan saya pula seperti lelaki biasa yang kuat bekerja dan tidak terlalu bersosial.

"Kebiasaanya di negara saya, jika tiada sebarang kerja saya lebih tinggal dirumah dan hanya menonton televisyen, tetapi bila bekerja saya hanya fokus pada kerja dan akan melakukannya sebaik mungkin. Jika ada kelapangan yang banyak, saya suka bersukan seperti bermain bola jaring dan bersenam.

"Secara peribadinya, saya belum ada pacar (kekasih) lagi, namun teman yang namanya perempuan itu ramai,"ujar Hardy hartono lelaki berusia 27 tahun ini.

Hardy Hartono Menjadi Model

Hardy hartono bukan hanya meminati bidang lakonan, sebenarnya lelaki kacukan belanda melayu ini juga terlibat dalam bidang peragaan. pernah terlibat dalam iklan tv seperti vaseline Man, Panasonic dan Fresh Tea, dia juga sudah melakonkan tiga buah filem di Indonesia iaitu, Pengantin Topeng, Cinta Lama belum kelar, dan Not For Sale.

Menerima tawaran pengarah popular, Erma Fatima untuk bergandingan dengan Fazura dalam Kitab Cinta, jelas Hardy hartono dia sangat menyukai cara kerja Erma Fatima sebagai seorang pengarah.

"Kak Erma mengenali saya menerusi drama Aqsa dan Madina, kemudian dia menghubungi pengurus saya di Indonesia untuk menawarkan watak Wali kepada saya.

Gambar Hardy Hartono Menjadi Tumpuan Peminat Wanita Malaysia
Gambar Hardy Hartono Menjadi Tumpuan Peminat Wanita Malaysia

"Saya baca skripnya, dan sangat menyukai watak Wali dalam drama itu lantas menerima tawaran Kak Erma. Ternyata dia seorang yang sangat baik, biarpun ada kalanya dia garang, namun bagi saya garangnya sangat bertempat.

"Dia memberi kelonggaran kepada saya membawakan watak Wali itu mengikut cara saya, malah hubungan saya dengan Kak Erma biarpun baru pertama kali bekerjasama sudah seperti satu keluarga.

"Dengan Fazura pula, dia sememangnya seorang yang bagus dalam lakonan dan sememangnya saya sangat menyenangi berlakon bersama-sama dengannya,"jelas Hardy hartono.

Hardy Hartono Menjadi Popular Di Malaysia

Melihat namanya sudah mula diterima di negara ini, jelas Hardy hartono dia terlalu bersyukur kerana ada tempat untuknya disini.

"Sememangnya saya mahukan yang terbaik dalam diri saya dari masa ke semasa, dan sesungguhnya saya sangat berterima kasih kerana begitu disenangi disini.

"Selepas Kitab Cinta, saya akan sambung berlakon untuk Kak erma dalam Kitab Cinta 2, jadi saya harap ia masih diterima,"ujar Hardy hartono yang merupakan anak ketiga dari tiga orang beradik ini. -ManggaOnline.

Tengok Video Hardy Hartono Dalam Drama Kitab Cinta.




mohdrohaizad.com - Hardy Hartono memang berlakon dengan baik, jadi memang tidak hairan Hardy Hartono menjadi tumpuan peminat-peminat di Malaysia terutamanya para wanita atau gadis.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hardy Hartono Menjadi Tumpuan Peminat Wanita Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 24.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...