CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Iklan Seksi Nurul Wahab Promosi Dedah Badan Hari Raya


Iklan Seksi Nurul Wahab Promosi Dedah Badan Hari Raya

Pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memaparkan penyanyi itu berpakaian terkena.

Menurut pengurus, Badrul Hashim, Nurul Wahab yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui tentang iklan tersebut termasuk gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.

Gambar Nurul Wahab Seksi Hot
Gambar Nurul Wahab Seksi Hot

"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuk gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya untuk tujuan promosi Glow-Glamour di masa akan datang.

"Tapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Badrul, dia telah pun bertemu dengan pihak Glow Glamour untuk menanyakan masalah tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesalahan memilih imej yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.

Iklan Seksi Nurul Wahab Promosi Dedah Badan Sempena Hari Raya
Gambar Iklan Seksi Nurul Wahab Promosi Dedah Badan Sempena Hari Raya

"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu hal ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai untuk tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid di paparan iklan Hari Raya itu.

"Bahkan pusat pelangsingan badan itu telah menarik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf melalui laman mereka dan di akaun ini," jelas Nurul Wahab.

Ditanya apakah reaksi Nurul Wahab saat isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma khuatir reputasinya tercalar.

Nurul Wahab kini berada di Sandakan, Sabah, untuk menghadiri sebuah persidangan perniagaan. -Mstar.


mohdrohaizad.com - Macam-macam orang promosi sempena Hari Raya tahun ini. Tidak terlupa iklan seksi Nurul Wahab menjadi tarikan promosi tubuh badan sempena hari raya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Iklan Seksi Nurul Wahab Promosi Dedah Badan Hari Raya By Mohd Rohaizad. Published: 20.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...