CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Istilah Berkaitan Babi - Label Produk Makanan Haram


Istilah Berkaitan Babi Khinzir Dalam Label Produk Makanan Haram

Salam sejahtera dan assalamualaikum Rohaizad. Insya Allah hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Gambar Istilah Berkaitan Babi Dalam Label Produk Makanan Haram
Istilah Berkaitan Babi Dalam Label Produk Makanan Haram

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.

Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source
of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu. Adakah maklumat ini bermanfaat untuk anda? -Muaz Hadi (Internet Marketer).

mohdrohaizad.com - Terima kasih kepada saudara Muaz Hadi yang memberi info-info yang berkaitan dengan istilah mengenai Babi / Khinzir yang sering digunakan dalam label produk makanan haram. Diharap para pengguna terutamanya yang beragama Islam lebih berhati-hati dalam mengenalpasti kandungan bahan dalam produk makanan yang dibeli. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Istilah Berkaitan Babi - Label Produk Makanan Haram By Mohd Rohaizad. Published: 3.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...