CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kilafairy Seksi Hot Kini Bebas Mengurus Kerjaya Sendiri


Kilafairy Seksi Hot Kini Sudah Bebas Mengurus Kerjayanya Sendiri Setelah Keluar KRU Studios

Pelakon seksi hot, Kilafairy, yang sebelum ini bernaung di bawah pengurusan KRU Studios, memutuskan keluar dari syarikat tersebut selepas setahun bersama.

Menurut Kilafairy, keputusan tersebut dibuat setelah kontraknya dengan pihak KRU berakhir dan dia kini lebih selesa menguruskan kerjaya sendiri.

"Memang saya mengikat kontrak selama setahun dengan KRU dan sepanjang tahun tersebut, saya diberi projek dalam filem Karak.

"Selain itu, saya dan pihak KRU juga merancang untuk menghasilkan beberapa lagu untuk saya, tetapi mungkin kerana suara saya tidak sesuai dengan lagu-lagu yang dibuat, maka perancangan itu tidak menjadi," kata Kilafairy yang merupakan anak ke penyanyi Rohana Jalil itu.

Kilafairy Seksi Hot Kini Bebas Mengurus Kerjaya Sendiri
Gambar Kilafairy Seksi Hot Kini Bebas Mengurus Kerjaya Sendiri

Kilafairy juga menegaskan bahawa dia dan pihak KRU tidak mempunyai masalah dalaman, cuma dia ingin membawa haluan sendiri dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya menghormati dengan hasil Kilafairy dan ingin bekerjasama dengan pelakon jelita itu pada masa akan datang nanti.

"Memang kami ada beberapa perancangan untuk dia yang ingin memiliki sebuah " single " lagu baru.

"Namun, selepas Kilafairy menyanyikan beberapa lagu ciptaan Edry, kami dapati, suaranya kurang sesuai dengan lagu tersebut dan saya nampak, dia menyukai muzik Bollywood.

"Sayang sekali, pihak kami tidak dapat menghasilkan lagu yang sesuai untuk dia, sebab itu kami cuba memberikan pendedahan terhadap filem pula," jelas Norman.

Tambah Norman, dia berharap agar Kilafairy boleh menguruskan kerjaya seninya dengan baik selain mendapatkan perundingan orang yang lebih berpengalaman sebelum membuat keputusan. -MStar.

Tengok Video Kilafairy Seksi Hot Nyanyi Lagu Hindustan Bollywood - Kushia Aur Gham - Maan.




Iklan Seksi Nurul Wahab Timbul Kontroversi.

mohdrohaizad.com - Baru dengan satu filem, Kilafairy seksi hot mengambil keputusan untuk keluar KRU Studios dengan menolak kontrak yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Kini Kilafairy bebas untuk mengurus kerjaya sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat lakonan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kilafairy Seksi Hot Kini Bebas Mengurus Kerjaya Sendiri By Mohd Rohaizad. Published: 20.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...