CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kim Kardashian & Kris Humphries - Majlis Perkahwinan Artis Hollywood


Kim Kardashian & Kris Humphries - Majlis Perkahwinan Artis Hollywood

Bintang program realiti terkenal, Kim Kardashian, 30 tahun, selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, bintang bola keranjang NBA Kris Humphries, 26 tahun, di sebuah kediaman peribadi bertempat di Montecito, California, Sabtu.

Pasangan itu mengikat tali perkahwinan kira-kira pada pukul 6.30 petang dalam upacara selama 30 minit di hadapan ahli keluarga dan tetamu termasuk selebriti Ryan Seacrest, Lindsay Lohan, Eva Longoria, Mel B, Venus dan Serena Williams, Avril Lavigne dan Demi Lovato.

Portal contactmusic.com melaporkan Kim Kardashian memakai gaun rekaan Vera Wang yang diinspirasikan daripada gaun Pippa Middleton pada majlis perkahwinan kakaknya Catherine.

Para pengapit dan ibu Kim Kardashian turut dilaporkan memakai gaun pereka fesyen terkenal itu.

Sebelum upacara gilang gemilang itu berlangsung, Kim Kardashian sempat menitipkan penghargaannya kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam perancangan perkahwinannya di laman blognya, celebuzz.com.

"Saya tidak percaya ia (perkahwinan) menjadi kenyataan akhirnya! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membantu dalam merealisasikan upacara ini.

"Kalian semua sangat bermakna dalam hidup saya dan saya mahu mengucapkan terima kasih di atas kasih sayang dan sokongan anda," kata Kim Kardashian menerusi kemas kini di blog itu.

Kim Kardashian & Kris Humphries Jual Gambar Majlis Perkahwinan

Sangat beruntung menjadi selebriti seperti Kim Kardashian. Apa tidaknya, selepas melangsungkan perkahwinan secara rasmi dengan pemain bola keranjang, Kris Humphries, Kim telah menjual foto eksklusif majlis perkahwinan mereka secara eksklusif kepada majalah People dengan harga USD 1.5 juta atau RM 4,483,200.

Sebelum ini, sebuah majalah mingguan telah membeli hak ekslusif pertunangan mereka pada bulan Mei lalu dengan harga USD 300,000 (RM896,640.00). Kemudian, majalah OK! pula menawarkan harga sebanyak USD100,000 (RM298,880.00) untuk membuat liputan secara eksklusif terhadap majlis bridal showernya.

Gambar Kim Kardashian dan Kris Humphries Majlis Perkahwinan Wedding of the Year 2011
 Gambar Kim Kardashian & Kris Humphries - Majlis Perkahwinan Wedding of the Year 2011.

Akhirnya hak untuk mendapatkan liputan secara eksklusif terhadap proses majlia perkahwinannya berpihak kepada majalah People dengan harga USD1.5 juga. Nilai yang sebanyak itu khabarnya sudah mampu untuk menampung semula pembiayaan majlis perkahwinannya yang dikhabarkan telah mencapai sebanyak setengah juta dolar.

Tidak hanya setakat itu, gaun pengantin yang dipakai oleh Kim Kardashian pula merupakan pemberian daripada Vera Wang. Gaung tersebut berharga USD20,000.

Gambar Kim Kardashian dan Kris Humphries Dilamun Cinta
 Gambar Kim Kardashian & Kris Humphries - Dilamun Cinta Sebelum Kahwin

Kim Kardashian secar rasminya telah berkahwin dengan Kris Humphries di Montecito, California pada malam Sabtu (20 Ogos 2011) baru-baru ini. Ramai selebriti yang hadir. Antaranya ialah seperti Demi Lovato, Eva Longoria, Eduardo Curz, Ryan Seacrest, Julianne Hough, Brody Jenner, Avril Lavigne, Scottie Pippen dan Lindsay Lohan. -Murai.

Tengok Video Majlis Perkahwinan, Resepsi Kim Kardashian & Kris Humphries Wedding.




mohdrohaizad.com- Cantik kan Kim Kardashian? Kris Humphries seorang pemain bola keranjang yang tinggi lampai.. Jangan mata keranjang sudah. Kim Kardashian merupakan artis hollywood yang sensasi masa kini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kim Kardashian & Kris Humphries - Majlis Perkahwinan Artis Hollywood By Mohd Rohaizad. Published: 23.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...