CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kris Dayanti Hamil Bersalin Lahir Anak Di Jakarta


Kris Dayanti Hamil Bersalin Lahir Anak Di Jakarta

Seri wajah wanita hamil terpancar pada wajah Kris Dayanti ketika kami bertemu di sesi berbuka puasa di salah satu kafe popular di Jakarta baru-baru ini.

Perutnya semakin ke depan. Jalannya juga sudah tidak selincah dulu. Dia sangat berhati-hati.

Kehamilan Kris Dayanti kali ketiga selepas 11 tahun diiktiraf penghibur kontroversi itu menawarkan pengalaman baru buatnya.

"Seperti ia kandungan anak sulung kerana semuanya seperti baru buat saya. Bayangkan, kali terakhir saya hamil 11 tahun lalu iaitu anak kedua saya, Azriel.

"Kini saya melaluinya sekali lagi pada usia 36 tahun. Semuanya serba baru buat saya. Bahkan, saya sudah lupa bagaimana sakit bersalin," kata Kris Dayanti sambil tertawa saat kami berbuka puasa di hari ke-11 Ramadan lalu.

Namun, pada pertemuan itu, suami Kris Dayanti, Raul Lemos tidak dapat menyertai kerana sedang bertugas.

Kehamilan Kris Dayanti  kali ketiga penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Menghitung Hari ini juga mencetuskan kontroversi.

Ini kerana kehamilan itu terjadi lebih awal dari tarikh perkahwinan pula kedua-duanya dengan pengusaha dari Timor Timur pada 20 Mac lalu.

Hidup Kris Dayanti selepas bercerai dengan suami pertamanya, Dewa selalu dihimpit pelbagai kontroversi.

Gambar Kris Dayanti Hamil Bersalin Bakal Lahir Anak Di Jakarta
Gambar Kris Dayanti Hamil Bersalin Bakal Lahir Anak Di Jakarta

Kris Dayanti juga sampai sekarang masih belum mendapatkan hak asuh kedua anaknya, Auriel nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah dari bekas suaminya itu.

Justeru, penantian Kris Dayanti untuk menimang cahaya mata ketiga ini merupakan anugerah yang paling indah dalam hidupnya biarpun Kris Dayanti menyedari akan ada pihak yang akan mencemuh kehamilan kali ini.

"Saya sudah banyak diuji termasuk dengan kehamilan ketiga ini. Biarlah apapun yang difikirkan orang ramai saya reda dan bersyukur dengan anugerah Allah ini," kata Kris Dayanti yang asyik mengusap kandungannya yang sudah memasuki penghujung bulan kelapan.

Berdasarkan perhitungan doktor, Kris Dayanti dianggarkan bersalin awal September ini. Dia juga tidak menolak mungkin bayi itu dilahirkan pada Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Kerana itu, Kris Dayanti dan suaminya kini hanya menghitung hari untuk sama-sama menyambut kelahiran benih hasil dari kasih sayang yang disemai.

Kris Dayanti tidak lagi memberi perhatian kepada persiapan lebaran, sebaliknya, segala-galanya difokuskan untuk menyambut ahli keluarga baru.

"Semua persiapan dilakukan oleh saya dan Raul. Kami sama-sama mencari kelengkapan bayi, kami juga sudah meninjau wad bersalin di rumah sakit, mencari orang tua yang akan menjaga saya sepanjang berpantang dan sebagainya," kata Kris Dayanti.

Bahkan, setiap kali bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kandungan, Kris Dayanti selalu ditemani suaminya.

Pasangan itu juga sudah mengenalpasti jantina bayi dalam kandungan Kris melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor.

Namun, Kris Dayanti tidak mahu berkongsi apakah jantina anak yang bakal dilahirkannya itu.

"Saya mahu bikin surprise (kejutan yang tidak) buat kamu juga. Kamu harus datang ziarah aku setelah aku melahirkan nanti," mesej kepada penulis.

Kata Kris Dayanti, nama untuk bayinya juga sudah berada di fikiran dia dan Raul. -Utusan Malaysia.

Tengok Video Kris Dayanti Seksi Hot Dalam Lagu Menghitung Hari Kelahiran Anaknya.




mohdrohaizad.com - Artis Indonesia yang popular dan kontroversi Kris Dayanti yang hamil dan bakal bersain lahir anaknya yang ketiga di Jakarta. Tahniah diucapkan kepada Kris Dayanti dan sekeluarga. Jangan lupa datang ke Malaysia lagi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kris Dayanti Hamil Bersalin Lahir Anak Di Jakarta By Mohd Rohaizad. Published: 17.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...