CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kumpulan MAX 24:7 Ditaja Sponsor VVIP Malaysia


Betul Ke Kumpulan MAX 24:7 Ditaja Sponsor VVIP Malaysia?

Walaupun masih lagi baru, namun kumpulan MAX 24:7 yang mendapat hasil didikan penyanyi Aesar Mustafa telah menerima banyak undangan mengadakan persembahan di merata ibu kota. Malah, kumpulan MAX 24:7 yang dianggotai 12 anak muda iaitu Aar, Jaq, Mirul, Eykal, Imtiaz, Tameen, OB, Kim, Hans, Alloi, Virgo dan Fifie ini juga lebih kerap menggadakan persembahan yang melibatkan golongan VIP.

Lantas, ada suara yang mendakwa kumpulan ini mendapat tajaan dari golongan VIP. Malah, mereka dituduh sebagai anak ikan yang dibela oleh golongan atasan. Kumpulan MAX 24:7 yang pada awalnya dikutuk hebat segelintir peminat artis K-POP (Korean-Pop) ini mendapat tajaan dari golongan VIP. Lebih teruk lagi, mereka dituduh sebagai anak ikan yang dibela oleh golongan atasan.

Menjawab segala tuduhan ini, Aesar yang bertanggungjawab menguruskan jatuh bangunnya karier anak-anak muda ini sekeras-kerasnya telah menafikan tohmahan berkenaan. Malah, Aesar secara berterus-terang berkata, apa yang ada selama ini merupakan hasil titik peluhnya selain mendapat sokongan kawan rapatnya.

Gambar Kumpulan MAX 24:7 Ditaja Sponsor VVIP
 Gambar Kumpulan MAX 24:7 Ditaja Sponsor VVIP Malaysia

"Terus-terang, mereka tidak dibela oleh mana-mana datuk atau pun datin. Mereka semua masih lagi berada di bawah jagaan keluarga masing-masing. Selama ni pun, penglibatan mereka dengan pekbagai persembahan adalah disebabkan penganjur yang mahukan mereka. Untuk persembahan tersebut, mereka ibarat menguji bakat mereka untuk menghiburkan penonton. Test market.

"Tidak kesemuanya show tersebut dibayar. Hanya beberapa show saja yang mendapat bayaran. Apapun, saya menganggap ia sebagai show promosi. Soal belanja album dan lain-lain lagi, saya menggunakan duit saya simpanan saya sendiri.

"Kalau nak dikira banyak wang yang telah saya dah belanjakan buat mereka. Setakat ini, saya berkorban banyak untuk mereka. Saya rasa lebih baik anda semua menilai sendiri berapa yang saya dah keluarkan dari segi produk lagu, album, promosi, baju dan macam-macam lagi. Sesungguhnya, saya tak berani nak cakap nilainya berapa tetapi ada mencecah puluhan ribu. Yang paling penting, itu semua adalah duit dari tabung simpanan saya sendiri," kata Aesar.

Majlis Pelancaran Album MAX 24:7

Sebak sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran album MAX 24:7 yang diadakan di Istana Budaya, baru-baru ini, Aesar menyatakan kontrak yang disediakan buat semua ahli MAX 24:7 berbeza dengan syarikat rakaman yang lain.

"Walaupun mereka telah menandatangani kontrak bersama saya, mereka juga sebenarnya masih lagi dinilai tahap kemampuan mereka untuk bergelar artis. Saya akan sentiasa menilai semua kredibiliti mereka. Saya juga boleh menggugurkan mereka jika saya dapati mereka tidak sesuai atau melanggar syarat yang telah dimeterai selaku ahli MAX 24:7.

"Oleh sebab itu, saya berharap mereka boleh kekal bersatu. Memang banyak orang tanya kepada saya pasal pergaduhan dan perpecahan kumpulan. Saya minta sangat biarlah perkara ini dijauhkan dari MAX 24:7 yang saya dah anggap macam anak sendiri. Saya mahu mereka kekal 12 buat selamanya. Saya akan cuba membimbing mereka supaya sentiasa bersatu.

"Sungguhpun selama ini banyak pihak mengutuk mereka tetapi sebaik saja MAX24:7 melancarkan album, ramai pula yang datang menawarkan diri untuk menyertai kumpulan ini. Yang paling kelakar, peminat yang dulunya mengutuk mereka ada yang siap merayu pada saya untuk mengambilnya memasuki kumpulan ini. Malah, peminat itu mengatakan kumpulan ini boleh jadi lagi hebat dengan penyertaan mereka," jelasnya.

Lagu Max 24:7 Unik

Uniknya, kumpulan in bukan saja terletak pada ramainya anggota kumpulan saja. Sebaliknya, ia turut terletak pada kepelbagaian lagu yang dimuatkan di dalam album mereka seperti Cinta 24:7, Biar Putus Sementara, Gadis Dan Bunga, Satu Cinta dan sebuah lagu bonus My Girl dendangan Aesar serta lagu Gadis Dan Bunga nyanyian asal Rahimah Rahim yang telah diberikan nafas baru.

"Bagi saya, lagu Gadis Dan Bunga itu sangat catchy dan istimewa. Ia lebih istimewa di bahagian chorus. Lagi pun lagu ini senang diingati. Saya sudah pun memaklumkan tentang lagu ini kepada komposer asal tetapi saya masih belum berkesempatan untuk memberitahu kak Rahimah Rahim.

"Pada asalnya memang banyak lagu yang disenaraikan untuk dinyanyikan semula. Antara lagu tersebut adalah lagu Sinaran nyanyian Dato Sheila Majid. Insya-Allah, kami merancang untuk menampilkan Fauziah Latiff untuk lagu akan datang. Saya juga akan cuba mengubah semula lagu Dia mengikut kesesuaian MAX 24:7 seperti mana yang saya dah buat untuk lagu Gadis Dan Bunga," ujar Aesar yang berharap kumpulan ini akan diterima masyarakat.

Biodata Profile Kumpulan MAX 24:7

Bil. Nama Penuh Nama Panggilan Umur Pekerjaan Asal
1. Ahmad Afifi B. Abu Kassim Fifi 21 Pelajar

Setiawangsa, Kuala Lumpur
2. Omar Bahrin Bin Ahmad O.B. 22 Supervisor Kiosk f&b Setiawangsa, Kuala Lumpur
3. Muhammad Amin Bin Azlan Tameen 20 Event Planner & Pelajar Setiawangsa,
Kuala Lumpur
4. Mohd Nor Azizi B. Zakaria Kim 24 Stylist Ipoh, Perak
5. Arieff Ashraf Bin Bukhari A'ar 20 Broker Kereta Sekinchan, Selangor
6. Muhammad Hanis Bin Rahim Hans 21 Graduan IPT Gombak, Kuala Lumpur
7. Mohd Fairuz B. Shaari Alloi 25 Juruteknik Selayang, Selangor
8. Imtiaz Fahmi Bin Ismail Iym 20 Pelajar

Alor Setar, Kedah
9. Muhammad Haikal bin Alias Eykal 18 Penari Taman Melati, Kuala Lumpur
10. Mohd Amirul Aizad Mierul 19 Artis Setiawangsa, Kuala Lumpur
11. Muhammad Gusman B. Nasir Jaq 19 Asst Manager Travel Agency Ampang, Selangor
12. Herman Anak Midin Virgo 22 Pelajar Kuching, Sarawak



Tengok Video Youtube Kumpulan MAX 24:7 Dalam Lagu Cinta 24/7





mohdrohaizad.com - Betul ke Kumpulan MAX 24:7 ditaja sponsor VVIP? Mungkin ada yang berpendapat yang kumpulan Max 24:7 seperti dikalangan anak-anak ikan yang disimpan mak datin-datin yang kaya. Yalah muda lagi, mentah dan mudah terpengaruh jika digula-gulakan apa yang mereka ingini. Adakah kumpulan Max 24:7 ini akan bertahan lama? Pada pendapat penulis kumpulan Max 24:7 pasti akan dibubarkan tidak lama lagi sebab apa? Anda lihatlah sendiri..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kumpulan MAX 24:7 Ditaja Sponsor VVIP Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 28.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...