CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kumpulan Nasyid Almawlid Menuju Mahabbah


Kumpulan Nasyid Almawlid Menuju Mahabbah

Tanggal 1 Muharam 1432H merupakan detik bermakna buat Amer Munawer Yusoff, Azan Addin, Pot Amir, Lah Ahmad dan Zaf Nazaruddin apabila anak muda dari kumpulan Ruffedge, Innuendo dan VE ini bersatu menubuhkan kumpulan Almawlid.

Seindah nama kumpulan tersebut, nama Almawlid diambil bersempena mengenang kelahiran kekasih Allah, Rasulullah SAW sekaligus sebagai tanda kelahiran semula mereka dalam industri seni tanah air.

“Secara rasminya, Almawlid ditubuhkan ketika majlis perlancaran TV Al-Hijrah pada Disember tahun lepas. Misi kami adalah untuk menuju mahabbah dan bersatu untuk mencintai kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW.

“Dari dulu lagi kami memang sudah bersahabat, jadi kiranya pertemuan kali ini adalah pertemuan yang istimewa buat kami semua. InsyaAllah, kami akan gunakan bakat dan anugerah yang Allah berikan ini untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat,” ujar Amer mewakili rakan-rakan Almawlid yang lain.

Gambar Kumpulan Nasyid Almawlid Menuju Mahabbah
 Gambar Kumpulan Nasyid Almawlid Menuju Mahabbah

Memperjuangkan muzik R&B, Soul, Pop dan Alkaline Jazz, Almawlid yang mempertaruhkan single Cahaya Seluruh Alam dan Belaian Jiwa 1432 ini memberitahu lebih selesa untuk tidak dikenali sebagai kumpulan nasyid.

“Kalau boleh kami tak nak cakap kami ini kumpulan nasyid atau dakwah sebab kami rasa tak layak pun untuk kami berdakwah. Cuma, kami lebih selesa menyampaikan apa yang kami belajar dengan guru kami dalam medium muzik. Alhamdulillah, guru kami tidak bangkang malah dia sokong dengan perjuangan kami. Itu pun dah cukup indah buat kami.”

Selain mengikuti kelas agama di Surau Al Hidayah, AU3 Keramat di mana mereka mempelajari Tafsir al-Quran, Pengajian Hadis, Tasawuf dan Fiqh, kumpulan Almawlid juga turut mendalami ayat-ayat al-Quran di Madras An-Nur, Pantai Dalam. Menurut anggota kumpulan ini lagi, Almawlid juga tidak menang tangan dalam memenuhi undangan persembahan sepanjang bulan Ramadhan ini.

“Jadual Ramadhan tahun ini dah penuh. Selain memenuhi undangan persembahan dan berbuka puasa, kelas yang kami ikuti juga masih berjalan masa bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah, Allah cukupkan rezeki kami dengan undangan sepanjang Ramadhan ini sekaligus menambahkan lagi pendapatan kami,” jelas Almawlid yang dijangka keluar dengan sebuah album kompilasi selepas Syawal nanti. -Gua.

Tengok Video Persembahan Kumpulan Nasyid Almawlid - Lagu Cahaya Seluruh Alam.




mohdrohaizad.com - Alhamdulillah syukur.. banyak perubahan dalam ahli kumpulan Ruffedge, Innuendo dan VE menyertai ahli nasyid di Malaysia. Diharap para peminat lagu keislaman nasyid menyokong usaha kumpulan Almawlid yang sedang menuju mahabbah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kumpulan Nasyid Almawlid Menuju Mahabbah By Mohd Rohaizad. Published: 16.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...