CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kumpulan Tiga - Artis Wanita Naungan KRU Studios


Kumpulan Tiga, Artis Wanita Naungan KRU Studios Yang Terbaru

Setelah era kegemilangan kumpulan Feminin dan Elite, kini penyanyi kumpulan wanita yang dikenali sebagai Tiga muncul mewarnai arena industri muzik tanah air. Kumpulan di bawah naungan KRU Studios yang terdiri dari Hana Amira Mohd Hatim atau Hana, 24 tahun, Fazuin Mohd Yusoff (Faz), 25 tahun dan Stephanie Goh Mei Yee (Steph), 23 tahun, itu berkata, mereka yakin populariti kumpulan penyanyi wanita akan kembali diterima masyarakat.

Mungkin ada yang menganggap sukar untuk kami memartabatkan konsep kumpulan wanita, tetapi Tiga sahut cabaran itu dan akan menampilkan lagu-lagu yang berkualiti kepada umum. Namun, kami mempunyai cara tersendiri dalam menonjolkan keperibadian diri tiga dimana kami tampil dengan konsep muzik dance tetapi gambar kami pula lebih ke arah trend ala K-Pop, kata Hana.

Gambar Kumpulan Tiga Seksi Hot
Gambar Kumpulan Tiga Seksi Hot - Artis Wanita Naungan KRU Studios

Mempertaruhkan single lagu pertama, Lelaki Tak Guna, ciptaan Edry Abdul Halim, lagu tersebut mempunyai unsur semangat wanita bangkit dari kesengsaraan atau kesedihan yang harus dilalui gara-gara lelaki yang disayangi. Malah, kata Faz, lagu tersebut melambangkan 'girl power' yang mampu mengharungi pelbagai rintangan hidup.

Sebenarnya, Tiga sudah menunjukkan bahawa kami adalah kelompok yang memiliki semangat dan kekuatan mental yang tersendiri dan justeru itu kami pertaruhkan Lelaki Tak Guna sebagai langkah awal. Dalam pada itu, untuk menunjukkan kelainan, kami mempunyai pakej lengkap di mana Tiga bukan sekadar menyanyi semata-mata, tetapi juga menari. Ini kerana sebelum Tiga ditubuhkan, kami berasal dari kumpulan penari yang disebut Selektaz, ujar Faz.

Namun, beritahu Steph pula, mereka yang menjadikan kumpulan TLC, Pink, Ludacris dan KRU sebagai idola dalam nyanyian mempunyai impian tersendiri iaitu ingin mengadakan sebuah konsert sendiri suatu hari nanti. Selain itu, sebagai penyanyi kumpulan yang baru dalam industri muzik tempatan, Tiga siap bersaing dengan penyanyi-penyanyi lain. Kami juga sudah siap dengan segala dugaan hidup sebagai penyanyi lebih-lebih lagi kontroversi yang boleh muncul bila-bila masa, tegas Steph sebelum mengakhiri perbualan dengan media hiburan -MStar.

Tengok Video MTV Kumpulan Tiga - Lagu Lelaki Tidak Guna (Download Ringtone).




mohdrohaizad.com - KRU Studios tidak kering idea, kali ini akan memperjuangkan nasib kumpulan Tiga, artis wanita dibawah naungan mereka yang terbaru. Adakah kumpulan Tiga akan berjaya seperti artis kumpulan wanita yang lain sebelum mereka?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kumpulan Tiga - Artis Wanita Naungan KRU Studios By Mohd Rohaizad. Published: 1.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...