CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Liyana Jasmay Keracunan Makanan Bazar Ramadhan


Liyana Jasmay Keracunan Makanan Semasa Berbuka Puasa

Bila tiba sahaja waktu berbuka puasa, pasti banyak yang mengidam untuk makan pelbagai jenis makanan. Ada yang memilih untuk memasak di rumah, ada yang gemar berbuka di hotel dan restoran, bahkan ada juga yang gemar pergi ke bazar Ramadhan.

Berbicara tentang bazar Ramadhan, baru-baru ini ada seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang meninggal gara-gara menikmati otak-otak dan ais campur yang dibeli di bazar Ramadhan.

Gambar Liyana Jasmay Keracunan Makanan Semasa Beli Juadah Bazar Ramadhan
Gambar Liyana Jasmay Keracunan Makanan Semasa Berbuka Puasa

Bila difikirkan balik, sanggup juga peniaga sekarang kerana mereka lebih mengejar keuntungan daripada mempertahankan kebersihan makanan yang disediakan. Menyentuh tentang isu ini, pelakon, Liyana Jasmay juga telah menjadi mangsa keracunan makanan baru-baru ini.

Menurut Liyana Jasmay yang merupakan pelakon film Tolong Awek Aku Pontianak ini, Liyana Jasmay mengalami keracunan makanan setelah berbuka puasa di sebuah restoran makanan laut, minggu lalu.

Gambar Liyana Jasmay Bertudung Seksi Hot Semasa Puasa Ramadhan
Gambar Liyana Jasmay Bertudung Seksi Hot Semasa Puasa Ramadhan

"Saya memang suka makan makanan laut. Ketika pergi ke restoran makanan laut itu untuk berbuka puasa, saya seorang saja yang makan ketam. Sewaktu di rumah, dari jam 3.00pagi sampai 6.00pagi, saya asyik mengalami muntah-muntah saja.

"Kerana itu, saya terpaksa terlantar di hospital selama tiga hari dan dimasukkan 13 drip air. Parah juga keadaan saya saat itu sampai lembik dibuatnya," ujar Liyana Jasmay saat ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Rumah Rabeka di Restoran Ikan Sungai, malam tadi.

"Saya rasa sedih juga sebab kena masuk hospital ketika mama tidak, kerana waktu itu, mama pergi mengerjakan umrah. Sejak kena keracunan makanan minggu lalu, saya tak mahu lagi makan benda yang mengarut. Dulu saya tak kisah sangat, tapi sejak kena saya belajar dari pengalaman. " -Gua.


Tengok Video Liyana Jasmay Seksi Hot Dalam Lagu Aku Tidak Percaya Cinta.





mohdrohaizad.com - Kesian juga kepada kanak-kanak yang meninggal dunia disebabkan keracunan makanan. Semoga peniaga-peniaga diluar sana jangan hanya mementingkan keuntungan sehingga mengabai kebersihan juadah makanan yang dijual. Penulis turut berharap Liyana Jasmay berhati-hati dalam memilih restoran makanan, tengok dulu sama ada bersih atau tidak.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Liyana Jasmay Keracunan Makanan Bazar Ramadhan By Mohd Rohaizad. Published: 17.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...