CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mamat Sepah & Rafidah Ibrahim Bercinta?


Mamat Sepah & Rafidah Ibrahim Bercinta?

Baru mengenal hati budi masing-masing kurang daripada 6 bulan yang lalu, pelakon Rafida Ibrahim atau Fida dan Mohd Noor Murad atau Mamat Sepah akui mereka kini sedang menjalin hubungan yang serius.

Malah, hubungan serius yang dikatakan sebagai teman rapat itu kini semakin berputiknya dengan bunga-bunga cinta. Lebih-lebih lagi, ketika mereka saling senang dan menyukai dengan sifat yang ada pada diri masing-masing.

Menariknya, Rafidah Ibrahim turut akui dia mula terpikat dengan Mamat Sepah setelah melihat sikap lelaki tersebut yang cukup menghormati dan bertanggungjawab terhadap orang tua dan keluarganya sendiri.

Mamat Sepah dan Rafidah Ibrahim Bercinta Bakal Nikah
Gambar Mamat Sepah & Rafidah Ibrahim Akan Berkahwin?

"Kami mula rapat dan mengenali hati budi masing setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem Man Sewel Datang Jakarta iaitu sebelum dia menyertai Maharaja Lawak lagi.

"Selain menyukai sikapnya yang suka merendah diri, saya juga terpikat dengan kewajipannya sebagai seorang anak. Contohnya, selepas kumpulan bergelar juara dalam Maharaja Lawak, dia terus balik ke Kuala Lumpur menemui orang tuanya.

"Terus-terang, hubungan kami memang di peringkat serius. Bohonglah kalau saya cakap kalau dah berteman dekat ini saya tak berfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius lagi," jelasnya yang belum sempat membawa Mamat bertemu dengan keluarganya seperti teman-temannya yang lain.

Hubungan Cinta Mamat Sepah

Sementara itu, Mamat yang sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Nur Syuhada dari kumpalun Butterfly pula memberitahu, sikapnya berubah dan dia menjadi seorang yang lebih penyabar setelah berkawan dengan Fida.

"Terus-terang Fida adalah satu-satunya perempuan yang dekat berkawan dengan saya. Saya banyak kongsi cerita susah dan senang bersamanya walaupun kami berdua saling sibuk dengan tugas masing-masing.

"Saya serius berkawan dengannya dan saya dapati sikap saya mula berubah menjadi baik setelah berkawan dengannya dan saya lebih bersabar dalam situasi apapun bila melibatkan dirinya.

"Kalau nak ikutkan saya setiap kali saya menjalin hubungan yangs erius dengan mana-mana wanita, saya akan bahawa dia bertemu dengan orang tua saya. Tapi, dengan Fida, saya tak sempat pula nak bawa lagi," katanya.

Rafidah Ibrahim Nafi Jadi Perampas Mamat Sepah

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Fida penyebab hubungannya dengan NurSyuhada atau lebih dikenali dengan Ada putus, Mamat Sepah dengan sekerasnya menafikannya.

"Saya tak mau cerita lagi kisah saya dengan Ada. Cukuplah, kalau saya katakan hubungan kami sudah berakhir pada awal penglibatan saya dalam Maharaja Lawak lagi.

"Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu mendedahkan punca hubungan kami retak. Tapi yang pasti ia bukan berpunca dari Fida," tegasnya yang ditemui bersama Fida dalam rakaman Melodi Raya yang diadakan di PWTC, malam kelmarin. -Murai.

mohdrohaizad.com - Adakah Mamat Sepah dan Rafidah Ibrahim yang sedang hangat bercinta ini akan menamatkan hubungan mereka ke jinjang pelamin? Penulis tidak sabar untuk melihat majlis pernikahan Mamat Sepah dan Rafidah Ibrahim. Tentu majlis perkahwinan mereka akan meriah seperti Shuib Sepah dengan Siti Sarah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mamat Sepah & Rafidah Ibrahim Bercinta? By Mohd Rohaizad. Published: 14.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...