CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mila Jirin - Golden Talent International POP TV Performers


Mila Jirin Wakili Malaysia Ke Golden Talent International POP TV Performers

Penyanyi kecil molek Mila Jirin akan mewakili negara dalam Golden Talent - International POP TV Performers di Batumi, Georgia pada 7 hingga 11 September 2011 ini. Untuk menyertainya Mila terpaksa mengorbankan kemeriahan sambutan hari raya di kampung halamannya Pulau Pinang.

Mila Jirin akan berangkat ke sana pada awal pagi 1 September kerana banyak perkara yang perlu dilakukan kerana pertandingan itu disiarkan secara langsung di televisyen sana dan rakamannya pula akan ditayangkan di 23 buah stesen beberapa negara.

"Tak apalah tak dapat beraya pun kerana saya anggap peluang ini sebagai langkah terbaik saya untuk mempromosikan diri di Eropah kerana saya dalam proses merakam album berbahasa Inggeris. Saya anggap pertandingan ini sebagai batu loncatan buat saya.

Mila Jirin Wakili Malaysia Ke Golden Talent International POP TV Performers Di Batumi Georgia
Gambar Mila Jirin Wakili Malaysia Ke Golden Talent International POP TV Performers Di Batumi, Georgia

"Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana saya terpilih. Sebenarnya pihak penganjur yang menawarkan saya bertanding. Mereka ada komunikasi dengan saya selepas saya menyertai pertandingan Voice of Asia di Bulgaria dulu.

"Mereka menyediakan makan minum dan penginapan sahaja kepada peserta dan rombongan, tapi tiket penerbangan tidak ditaja. Sebab itulah saya mengusulkan kepada pihak MBSB. Alhamdulillah mereka berminat untuk menaja saya dan krew untuk ke sana nanti," kata Mila dalam majlis mengumumkan MBSB sebagai penaja di Kuala Lumpur semalam.

Mila Jirin Rela Wakili Malaysia

Pertandingan itu dianjurkan oleh Georgian Art Festival dan World Association of Festivals and Artiste (WAFA). Sebanyak 23 penyanyi dari 23 negara akan mengambil bahagian, antaranya Turki, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Thailand dan banyak lagi negara-negara Eropah.  Artis antarabangsa Shontele, Amerie dan Blue diundang mengadakan persembahan.

"Satu lagi yang menariknya, saya difahamkan banyak peserta kali ini lahir daripada pertandingan realiti di negara mereka. Saya seronok kerana turut lahir daripada program realiti," kata Mila Jirin bekas juara Akademi Fantasia 5 itu.

Sementara itu Ketua Bahagia Perniagaan Runcit MBSB, Azman Aziz berkata pihaknya sedia bekerjasama menaja Mila kerana mahu melihat bakat negara ini berkembang ke luar negara. Mereka sentiasa menyokongnya.

Gambar Mila Jirin Seksi Hot Cun Buat Peminat Sempena Hari Raya
Gambar Mila Jirin Seksi Hot Cun Buat Peminat Sempena Hari Raya

"Sebagai syarat penajaan, kita ada beberapa komitmen dengan Mila Jirin selepas ini. Kalau segala-galanya berjalan lancar, kami akan berbincang dan tak mustahil untuk kami melantik Mila sebagai duta MBSB melalui Kelab Simpanan Cheeky. Sebelum ini pun kami dah banyak kali undang Mila untuk majlis berkaitan promosi Cheeky," katanya.

Mila Jirin akan menyanyikan lagu Kasih Yang Terdampar untuk persembahan malam pertama yang mensyaratkan peserta menyanyikan lagu dari negara masing-masing. Dia mengubahsuai muzik untuk memasukkan elemen muzik Malayu, Cina dan India.

Pada malam kedua yang mensyaratkan peserta menyanyi lagu Inggeris, Mila Jirin pilih medley lagu-lagu Benny and The Jets dan Listen nyanyian Elton John dan Beyonce.

"Saya harap dapat menghadiahkan sesuatu kepada negara," kata Mila Jirin. -ManggaOnline.


Tengok Video Mila Jirin Sexy Hot Dalam Lagu Bebas (Karaoke Version)





mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Mila Jirin yang berjaya mewakili Malaysia ke Golden Talent International POP TV Performers. Diharap pengorbanan Mila Jirin yang tidak dapat beraya bersama keluarga tersayang dapat membawa balik anugerah yang dimenangi di Batumi, Georgia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mila Jirin - Golden Talent International POP TV Performers By Mohd Rohaizad. Published: 25.8.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...